Malaysia legislation

Section 54

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 54

Kuasa penguatkuasaan

(1)

Mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor boleh menjalankan segala kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.

(2)

Tiap-tiap pegawai yang diberi kuasa atau pegawai polis, apabila bertindak terhadap mana-mana orang di bawah Akta ini, hendaklah mengisytiharkan jawatannya dan hendaklah apabila diminta mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri supaya dibawa oleh pegawai diberi kuasa itu atau sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.