Malaysia legislation

Section 58

of AKTA PERLINDUNGAN VARIETI BARU TUMBUHAN 2004

Seksyen 58

Bidang kuasa untuk membicarakan kesalahan

Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang bertentangan, Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi mana-mana kesalahan sedemikian.