Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Keanggotaan Lembaga
(1)
Lembaga hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut:
(a)
Ketua Pengarah Jabatan Pertanian, Semenanjung Malaysia yang hendaklah menjadi Pengerusi;
(b)
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan
Pertanian Malaysia;
(c)
Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia;
(d)
Ketua Pengarah Lembaga Kelapa Sawit Malaysia;
(e)
Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia;
(f)
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia;
(g)
Pengarah Pertanian, Sabah;
(h)
Pengarah Pertanian, Sarawak;
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 13
(i)
seorang wakil daripada Kementerian Pertanian dan Industri
Asas Tani;
(j)
seorang wakil daripada Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi;
(k)
seorang wakil daripada Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna; dan
(l)
seorang wakil daripada Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi.
(2)
Menteri hendaklah melantik seorang pegawai kanan Jabatan
Pertanian, Semenanjung Malaysia, untuk menjadi Setiausaha kepada Lembaga.