Malaysia legislation
Section 60
Seksyen 60
Tiada tindakan boleh dibawa, dimulakan atau dikekalkan dalam mana-mana mahkamah terhadap —
(1)
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini.
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat bagi—
(a)
mengawal selia tatacara sesuatu permohonan untuk pendaftaran sesuatu varieti baru tumbuhan dan pemberian hak pembiak baka dan penentuan persoalan yang berkaitan dengan permohonan, pendaftaran dan pemberian itu, dan yang berkaitan dengan perlanjutan pendaftaran dan pemberian itu, dan pembatalan, penyerahan, penyerahhakan atau perpindahan sesuatu hak pembiak baka;
(b)
menetapkan fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan cara bagi mengutip dan menguruskan fi itu;
(c)
menetapkan borang, buku, daftar, dokumen dan perkara lain yang hendaklah digunakan di bawah Akta ini dan maklumat yang hendaklah dikemukakan bagi apa-apa maksud Akta ini;
(d)
menetapkan saiz tanah bagi maksud takrif seseorang
“petani kecil”; dan
(e)
mengadakan peruntukan secara umumnya bagi apa-apa perkara lain bagi pelaksanaan yang sepatutnya dan berkesan Akta ini.
42
Undang-Undang Malaysia
Akta 634
Akta 634
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
– TIADA –
Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 43
Akta 634
Senarai seksyen yang dipinda
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
– TIADA –