Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
Mesyuarat Lembaga
(1)
Pengerusi hendaklah mempengerusikan tiap-tiap mesyuarat
Lembaga.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika kerana apa-apa sebab
Pengerusi tidak dapat menghadiri sesuatu mesyuarat Lembaga, anggota yang hadir hendaklah memilih seorang daripada kalangan anggota yang hadir untuk mempengerusikan mesyuarat itu, dan anggota yang dipilih itu hendaklah menjalankan kuasa Pengerusi bagi tempoh mesyuarat itu dan hendaklah disifatkan sebagai
Pengerusi bagi maksud mesyuarat itu.
(3)
Korum Lembaga ialah enam orang.
14
Undang-Undang Malaysia
Akta 634
(4)
Jika atas apa-apa persoalan untuk ditentukan oleh Lembaga terdapat persamaan undi, Pengerusi hendaklah mempunyai undi pemutus.
(5)
Lembaga hendaklah bermesyuarat di tempat dan pada masa yang ditetapkan oleh Pengerusi.