Malaysia legislation

Section 2

of AKTA FI (TAMAN LAUT MALAYSIA) (PENGESAHAN) 2004

Seksyen 2

Pengesahan dan tanggung rugi

(1)

Walau apa pun peruntukan Akta Fi 1951 [Akta 209], fi yang telah dikenakan dan dipungut oleh Jabatan Perikanan Malaysia berkenaan dengan apa-apa kemasukan ke mana-mana Taman Laut

Malaysia selama tempoh mulai 1 Januari 1999 hingga 17 Julai 2003, iaitu hari sebelum tarikh mula berkuat kuasa Perintah Fi

(Taman Laut Malaysia) 2003 [P.U. (A) 266/2003], hendaklah disifatkan telah dikenakan dan dipungut dengan sah.

(2)

Tiada tindakan atau prosiding undang-undang boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan terhadap Kerajaan Malaysia atau mana-mana pegawai Kerajaan Malaysia atau mana-mana orang yang bertindak di bawahnya berkenaan dengan apa-apa fi yang dikenakan dan dipungut, dan jika apa-apa tindakan atau prosiding undang-undang sedemikian telah dibawa, dimulakan atau disenggarakan, ia hendaklah dibatalkan dan dijadikan tidak sah dan tiada pembayaran balik berkenaan dengan fi yang telah dikenakan dan dipungut seperti yang dinyatakan dalam Akta ini boleh dibuat.



Undang-Undang Malaysia

Akta 635

Akta 635

SENARAI PINDAAN

Undang-undang

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa yang meminda dari

– TIADA ­ –

Fi (Taman Laut Malaysia) (Pengesahan)



Akta 635

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

– TIADA –