Malaysia legislation
Section 6
of *AKTA AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN 2004 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 6
Fungsi Agensi ialah—
(a)
menguatkuasakan, menjalankan dan memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta Dadah Berbahaya 1952 kecuali seksyen 4, 5, 7, perenggan 9(1)(a), seksyen 11, subseksyen 12(1) dan seksyen 16 dan 17;
(b)
menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983;
(c)
menguatkuasakan, menjalankan, menunaikan dan melaksanakan kuasa, kewajipan dan fungsi di bawah Akta Dadah Berbahaya
(Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985;
Agensi Antidadah Kebangsaan 9
(d)
menguatkuasakan, mentadbirkan, menjalankan dan memberi kuat kuasa kepada peruntukan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan
Harta) 1988;
(e)
mencegah dan menyekat pengedaran haram dan penyalahgunaan dadah berbahaya;
(f)
memberikan bantuan dalam apa-apa perkara penyalahgunaan dadah berbahaya atas permintaan Negara asing sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Bantuan Bersama dalam Perkara
Jenayah 2002 [Akta 621];
(g)
mendidik orang ramai untuk menentang penyalahgunaan dadah berbahaya;
(h)
mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya;
(i)
menasihati Menteri mengenai polisi yang berhubungan dengan pencegahan penyalahgunaan dadah berbahaya, rawatan dan pemulihan penagih dadah, langkah pencegahan khas terhadap orang yang ada kaitan dengan pengedaran dadah berbahaya dan pelucuthakan harta yang dikaitkan dengan kesalahan dadah berbahaya; dan
(j)
secara amnya melaksanakan apa-apa kewajipan lain bagi memerangi penyalahgunaan dadah berbahaya atau melakukan segala perkara yang bersampingan dengannya.
Kuasa Agensi