Malaysia legislation

Section 100

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 100

(2)

Jika suatu syarikat Langkawi asing didaftarkan, sama ada kerana kesilapan atau selainnya, dengan suatu nama yang dengannya ia tidak patut didaftarkan, Pendaftar boleh, selepas memberikan notis selama tiga puluh hari kepada syarikat Langkawi asing itu yang menghendaki syarikat itu menukarkan namanya, membatalkan syarikat itu daripada daftar apabila syarikat itu ingkar mematuhi kehendak itu.

(3)

Tiada syarikat Langkawi asing boleh menggunakan, di

Langkawi atau di tempat lain, berkenaan dengan tindakan yang telah dibuat atau akan dibuat di Langkawi, apa-apa nama selain nama yang dengannya syarikat itu telah didaftarkan di bawah

Bahagian ini, dan tiap-tiap syarikat Langkawi asing dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang dengan disedarinya memberi kuasa atau membenarkan keingkaran itu melakukan suatu kesalahan terhadap

Akta ini.

100

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

Penyata syarikat Langkawi asing