Malaysia legislation
Section 106
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 106
Pemindahan hakmilik dari Langkawi
(2)
Sesuatu syarikat Langkawi tidak boleh memohon kepada
Pendaftar bagi kelulusan di bawah subseksyen (1) melainkan jika—
(a)
permohonan itu dibenarkan—
(i)
jika syarikat itu mempunyai modal syer, oleh pemegang tidak kurang daripada tiga perempat syer daripada setiap kelas;
(ii)
oleh pemegang tidak kurang daripada tiga perempat debentur syarikat itu (jika ada) daripada setiap kelas; dan
(iii)
oleh semua pengarah syarikat itu; dan
(b)
syarikat itu, tidak kurang daripada tiga puluh hari sebelum memohon kepada Pendaftar untuk kelulusan sedemikian, telah menyiarkan suatu notis dalam suatu surat khabar yang secara amnya diedarkan di Langkawi mengenai niatnya untuk membuat permohonan itu, dan sesuatu permohonan tidak boleh diterima melainkan jika permohonan itu disertakan dengan suatu afidavit yang diangkat sumpah oleh seorang pengarah syarikat itu yang menyatakan—
(c)
nama dan alamat pemiutang syarikat itu dan jumlah amaun keterhutangannya kepada pemiutang itu; dan
(d)
suatu pernyataan yang membawa kesan bahawa pemindahan domisil yang dicadangkan itu tidak akan memudaratkan hak atau kepentingan yang sepatutnya mana-mana anggota syarikat, pemegang debentur atau pemiutang syarikat itu.
(3)
Pendaftar tidak boleh memberikan kelulusannya kepada suatu syarikat Langkawi yang memohon untuk berpindah ke
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 103
negara atau bidang kuasa lain melainkan jika dia berpuas hati bahawa—
(a)
kehendak subseksyen (2) telah dipatuhi; dan
(b)
syarikat itu telah mematuhi mana-mana peruntukan Akta ini yang sepatutnya telah dipatuhi oleh syarikat itu, dan Pendaftar boleh memberikan kelulusannya atas apa-apa syarat yang difikirkannya perlu untuk memelihara hak dan kepentingan yang sepatutnya mana-mana anggota, pemegang debentur atau pemiutang syarikat itu atau mana-mana kelas anggota, pemegang debentur atau pemiutang sedemikian dan apabila syarikat itu mengambil apa-apa langkah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar untuk meremedikan apa-apa kegagalan untuk mematuhi apa-apa peruntukan Akta ini.
(4)
Apabila suatu surat cara yang memindahkan syarikat itu ke negara atau bidang kuasa lain telah disempurnakan oleh pegawai yang sesuai di negara atau bidang kuasa lain itu, syarikat itu hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pendaftar mengenai butiran itu dan syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai terhenti menjadi suatu syarikat yang diperbadankan di Langkawi dari tarikh pemindahannya ke negara atau bidang kuasa lain itu mula berkuat kuasa dan Pendaftar hendaklah memotong nama syarikat itu daripada daftar:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa dalam subseksyen ini boleh mengambil atau menyentuh bidang kuasa mana-mana Mahkamah
(sama ada Mahkamah Tinggi atau selainnya) untuk mendengar dan menyelesaikan apa-apa prosiding yang dimulakan dalam Mahkamah itu oleh atau terhadap syarikat itu sebelum syarikat itu terhenti menjadi suatu syarikat yang diperbadankan di Langkawi.
(5)
Jika suatu syarikat Langkawi memberitahu Pendaftar di bawah subseksyen (4) bahawa suatu surat cara yang memindahkan syarikat itu ke negara atau bidang kuasa lain telah disempurnakan oleh pegawai yang sesuai dari negara atau bidang kuasa lain itu dan pemberitahuan itu adalah palsu, maka, walau pun Pendaftar telah memotong nama syarikat itu daripada daftar menurut subseksyen itu—
(a)
liabiliti (jika ada) mana-mana pegawai atau anggota syarikat itu hendaklah berterusan dan boleh dikuatkuasakan seolah-olah syarikat itu masih didaftarkan di bawah Akta ini; dan 104
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(b)
syarikat itu boleh digulung menurut peruntukan Akta ini seolah-olah syarikat itu masih didaftarkan di bawah Akta ini.
Kos prosiding di hadapan Mahkamah