Malaysia legislation

Section 109

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 109

Pelupusan syer pemegang syer yang tidak diketahui di mana berada

(2)

Jika setelah tamatnya satu bulan dari tarikh suatu notis di bawah subseksyen (1), tempat di mana pemegang syer itu berada masih belum diketahui, syarikat itu boleh memindahkan syer yang dipegang oleh pemegang syer itu dalam syarikat itu kepada Pendaftar dan bagi maksud itu boleh menyempurnakan untuk dan bagi pihak pemunya syer itu pemindahan syer itu kepada Pendaftar; dan orang yang syernya telah dilucuthakkan itu hendaklah terhenti menjadi seorang anggota berkenaan dengan syer yang telah dilucuthakkan itu, tetapi hendaklah, walaupun pelucuthakan itu, masih kena membayar kepada syarikat itu semua

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 105

wang yang, pada tarikh pelucuthakan itu, kena dibayar olehnya kepada syarikat itu berkenaan dengan syer itu, tetapi liabilitinya hendaklah terhenti jika dan apabila syarikat itu menerima bayaran sepenuhnya bagi semua wang yang berkenaan dengan syer itu.

Kuasa untuk memberi relief

Section 109 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005