Malaysia legislation

Section 10

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 10

(2)

Apabila ternyata pada mana-mana Majistret berdasarkan maklumat bertulis dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat atau bangunan terdapat mana-mana barang, artikel, bahan, benda, akaun, buku atau dokumen lain termasuk mana-mana dokumen perjalanan atau peribadi lain yang boleh digunakan sebagai keterangan tentang pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dia boleh dengan waran mengarahkan

Pendaftar supaya memasuki tempat atau bangunan itu, dengan kekerasan jika perlu, dan menggeledah, menyita, mengambil milik dan menahan di situ barang, artikel, bahan, benda, akaun, buku atau dokumen itu.

(3)

Apabila didapati oleh Pendaftar bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa di mana-mana tempat atau bangunan ada tersembunyi atau disimpan mana-mana barang, artikel, bahan, benda, akaun, buku atau dokumen lain termasuk mana-mana dokumen perjalanan atau peribadi lain yang boleh digunakan sebagai keterangan tentang pelakuan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan Pendaftar mempunyai alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelengahan untuk mendapatkan suatu waran geledah, barang, artikel, bahan, benda, akaun, buku atau dokumen itu boleh diganggu dengan atau dimusnahkan atau tujuan penggeledahan itu berkemungkinan terhalang, dia boleh berkenaan dengan tempat atau bangunan itu menjalankan semua kuasa yang disebut dalam subseksyen (2)

secara penuh dan secukupnya seolah-olah dia telah diberi kuasa untuk berbuat sedemikian melalui waran yang dikeluarkan di bawah subseksyen itu.

(4)

Pendaftar boleh memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk memeriksa mana-mana akaun, buku atau dokumen lain yang disita dan diambil milik oleh Pendaftar semasa dalam penyiasatan di bawah Akta ini jika orang sedemikian berhak untuk memeriksa akaun, buku atau dokumen itu di bawah Akta ini.

24

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

Kuasa untuk memeriksa orang

Section 10 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005