Malaysia legislation
Section 112
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 112
(2)
Jika di bawah Akta ini suatu syarikat Langkawi atau syarikat
Langkawi asing dikehendaki menyediakan bagi pemeriksaan awam apa-apa surat cara, perakuan, kontrak atau dokumen dan ia tidak ditulis dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, syarikat itu hendaklah menyimpan di pejabat berdaftarnya di Langkawi suatu terjemahan yang diperakui mengenainya dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris.
(3)
Jika mana-mana akaun, buku minit atau rekod lain suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini tidak disimpan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris, pengarah syarikat itu hendaklah menyebabkan suatu terjemahan benar dalam bahasa kebangsaan atau bahasa
Inggeris bagi akaun, buku minit dan rekod lain itu dibuat dari semasa ke semasa pada lat-lat tempoh yang tidak melebihi tujuh hari dan hendaklah menyebabkan terjemahan sedemikian disimpan dengan akaun, buku minit dan rekod lain yang asal selagi akaun, buku minit dan rekod lain yang asal itu dikehendaki disimpan di bawah Akta ini.
Dividen kena dibayar daripada keuntungan sahaja