Malaysia legislation

Section 114

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 114

Tiap-tiap orang yang menjalankan perniagaan di Langkawi di bawah apa-apa nama atau gelaran yang mengandungi perkataan atau perkataan-perkataan “Berhad”, “Corporation”,

“Incorporated”, “Limited”, “Societe Anonyme”, “Sociedad Anonima”,

“Aktiengesellschaft”, “Naamloze Vennotschap”, “Perseroan

Terbatas” atau apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan lain dalam bahasa kebangsaan mana-mana negara yang memberi maksud suatu syarikat saham bersama yang dihadkan melalui syer, atau apa-apa singkatan perkataan itu hendaklah, melainkan jika ia adalah suatu syarikat Langkawi, syarikat Langkawi asing yang diperbadankan atau didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini, syarikat domestik atau badan yang diperbadankan, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.