Malaysia legislation
Section 119
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 119
Sekiranya apa-apa tindakan atau langkah dikehendaki atau dibenarkan dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan tiada apa-apa borang ditetapkan atau tatacara dinyatakan sama ada dalam Akta ini ataupun peraturan-peraturan, sesuatu permohonan boleh dibuat kepada Pendaftar bagi arahan tentang cara bagaimana tindakan atau langkah itu boleh dilakukan atau diambil, dan apa-apa tindakan atau langkah yang dilakukan atau diambil mengikut arahannya hendaklah menjadikan pelaksanaan yang sah bagi tindakan atau langkah itu.
112
Undang-Undang Malaysia
Akta 643