Malaysia legislation
Section 11
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 11
(2)
Orang yang diperiksa di bawah subseksyen (1) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab semua soalan yang berhubungan dengan kes itu yang dikemukakan kepadanya oleh
Pendaftar dan untuk menyatakan yang benar, sama ada atau tidak pernyataan itu dibuat keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai jawapan kepada soalan itu, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan soalan itu akan menunjukkan bahawa dia bersalah.
(3)
Suatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah seksyen ini dan diubah ke dalam bentuk bertulis hendaklah ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dilekatkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dan selepas dia telah diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia mahu:
Dengan syarat bahawa jika orang yang diperiksa itu enggan menandatangani atau melekatkan dengan cap ibu jarinya pada pernyataan itu, Pendaftar hendaklah mengendors pada pernyataan itu di bawah tandatangannya hakikat keengganan itu dan sebab-sebabnya, jika ada, yang dinyatakan oleh orang yang diperiksa itu.
(4)
Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini hendaklah diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding di bawah Akta ini di dalam mana-mana mahkamah, sama ada terhadap orang yang membuat pernyataan itu atau mana-mana orang lain.
(5)
Mana-mana orang yang—
(a)
tanpa sebab yang munasabah tidak hadir di hadapan
Pendaftar sebagaimana yang dikehendaki di bawah subseksyen (1);
(b)
tanpa sebab yang munasabah enggan menjawab semua soalan yang dikemukakan kepadanya oleh Pendaftar
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 25
sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen (2);
atau
(c)
dengan disedarinya memberi kepada Pendaftar apa-apa maklumat atau pernyataan yang palsu atau mengelirukan dalam butir yang material, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Penyerahan atau pemfailan dokumen dengan Pendaftar