Malaysia legislation
Section 120
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 120
Peraturan-peraturan
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat untuk menetapkan—
(a)
borang yang hendak digunakan bagi maksud Akta ini dan perkara yang dinyatakan dalam borang itu;
(b)
bentuk permohonan dan apa-apa notis lain di bawah Akta ini;
(c)
fi dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan penalti bagi pembayaran lewat, atau mewakilkan kuasa untuk menetapkan fi, caj dan penalti kepada orang atau badan yang ditetapkan;
(d)
cara rekod perakaunan dan rekod lain yang dikehendaki dibuat atau disimpan di bawah Akta ini perlu dibuat atau disimpan, dan pengisytiharan, laporan, lampiran, jadual atau butiran yang perlu disertakan dengan atau dilampirkan kepada rekod perakaunan atau rekod lain itu;
(e)
kesalahan yang boleh dikompaunkan dan tatacara untuk pengkompaunan kesalahan itu; dan
(f)
apa-apa perkara lain yang suai manfaat atau perlu bagi maksud Akta ini.
Larangan oleh Menteri