Malaysia legislation

Section 122

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 122

(2)

Jika—

(a)

dalam apa-apa prosiding bagi penggulungan suatu syarikat

Langkawi Mahkamah berpuas hati bahawa syarikat itu atau mana-mana pegawai syarikat itu tidak mematuhi apa-apa peruntukan Akta ini; atau

(b)

suatu syarikat Langkawi atau mana-mana pegawai syarikat itu telah disabitkan oleh Mahkamah atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini,

Mahkamah boleh, jika difikirkannya sesuai, memerintahkan supaya rekod, buku dan daftar syarikat itu dan catatan dalam daftar dan rekod Pendaftar yang berhubungan dengan syarikat itu dibuka kepada awam untuk pemeriksaan.

(3)

Seseorang yang, berkenaan dengan mana-mana syarikat

Langkawi, selain bagi maksud pentadbiran Akta ini atau menjalankan perniagaan syarikat itu di Langkawi atau di tempat lain—

(a)

mendedahkan;

(b)

mencuba, menawarkan atau mengancam untuk mendedahkan; atau 114

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(c)

mendorong atau cuba mendorong orang lain untuk mendedahkan, apa-apa maklumat yang berkaitan dengan atau menyentuh—

(d)

pemegangan syer dalam, atau pemunyaan benefisial, apa-apa syer atau syer-syer syarikat itu;

(e)

pengurusan syarikat itu; dan

(f)

apa-apa hal ehwal atau transaksi perniagaan, kewangan atau lain syarikat itu, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(4)

Tiada apa-apa jua pun dalam seksyen ini boleh menghalang mana-mana Mahkamah daripada menjalankan budi bicaranya untuk menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau memberikan apa-apa keterangan dalam apa-apa prosiding di hadapan Mahkamah itu yang berkaitan dengan prosiding itu.

Kuasa pengecualian

Section 122 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005