Malaysia legislation

Section 124

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 124

Fi, penalti dan pembatalan

(2)

Jika suatu syarikat Langkawi tidak membayar fi tahunan yang dirujuk dalam subseksyen (1) pada atau sebelum tamatnya tempoh enam bulan dari tarikh pembayaran fi tahunan itu, maka hendaklah kena dibayar sebagai tambahan kepada fi tahunan itu suatu amaun yang bersamaan dengan lima puluh peratus daripada fi tahunan.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 115

(3)

Jika suatu syarikat Langkawi tidak membayar fi tahunan dan amaun tambahan yang dinyatakan dalam subseksyen (2) pada atau sebelum tamatnya tempoh satu bulan dari tarikh tamatnya tempoh enam bulan yang dinyatakan dalam subseksyen (2), Pendaftar boleh selepas tamatnya tempoh satu bulan itu menghantar kepada setiausaha syarikat Langkawi itu suatu notis bertulis bahawa nama syarikat Langkawi itu hendaklah dibatalkan daripada daftar jika fi tahunan dan amaun yang dinyatakan dalam subseksyen (2) tidak dibayar dalam masa satu bulan dari tarikh notis itu atau apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar.

(4)

Jika syarikat Langkawi itu tidak membayar fi tahunan dan amaun tambahan yang dinyatakan dalam subseksyen (2) dalam tempoh satu bulan dari tarikh notis itu atau tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar di bawah subseksyen

(3)

, Pendaftar boleh membatalkan nama syarikat Langkawi itu daripada daftar.

(5)

Walaupun nama syarikat Langkawi itu telah dibatalkan daripada daftar di bawah seksyen ini, syarikat Langkawi itu tetap bertanggungan terhadap semua tuntutan, hutang, liabiliti dan obligasi syarikat Langkawi itu, dan pembatalan itu tidak menjejaskan liabiliti mana-mana anggota, pengarah, pegawai atau ejen di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang lain.

(6)

Pembatalan nama suatu syarikat Langkawi daripada daftar di bawah seksyen ini tidak dijejaskan oleh apa-apa kegagalan di pihak Pendaftar untuk menyampaikan suatu notis kepada setiausaha atau untuk menyiarkan suatu notis dalam Warta.

(7)

Subseksyen (2) hingga (5) tidak terpakai bagi suatu syarikat Langkawi yang sedang dalam proses penggulungan dan pembubaran.

Syarikat yang dibatalkan bertanggungan untuk fi, dsb.