Malaysia legislation
Section 127
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 127
Kesan pembatalan
(a)
memulakan apa-apa prosiding undang-undang, menjalankan apa-apa perniagaan atau dalam apa-apa cara berurusan dengan aset syarikat Langkawi itu;
(b)
membela apa-apa prosiding undang-undang, membuat apa-apa tuntutan atau menuntut apa-apa hak untuk, atau atas nama, syarikat Langkawi itu; atau
(c)
bertindak dengan apa-apa cara berkenaan dengan hal ehwal syarikat Langkawi itu.
(2)
Walau apa pun subseksyen (1), jika nama syarikat Langkawi itu telah dibatalkan daripada daftar, syarikat Langkawi itu, atau seorang pengarah, anggota, pelikuidasi atau penerima syarikat itu, boleh—
(a)
memohon kepada Pendaftar supaya syarikat Langkawi itu didaftarkan semula;
(b)
terus membela prosiding yang telah dimulakan terhadap syarikat Langkawi itu sebelum tarikh pembatalan itu;
dan
(c)
terus menjalankan prosiding undang-undang yang telah dimulakan bagi pihak syarikat Langkawi itu sebelum tarikh pembatalan.
(3)
Hakikat bahawa nama syarikat Langkawi itu telah dibatalkan daripada daftar tidak menghalang—
(a)
syarikat Langkawi itu daripada menanggung liabiliti;
(b)
mana-mana pemiutang daripada membuat suatu tuntutan terhadap syarikat Langkawi itu dan meneruskan tuntutannya sehingga penghakiman atau pelaksanaan; atau
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 117
(c)
pelantikan oleh Mahkamah seorang pelikuidasi rasmi untuk syarikat Langkawi itu di bawah Bahagian VIII dan X
Akta Syarikat 1965, setakat yang ia berhubung dengan suatu syarikat Langkawi yang dihadkan melalui syer.
118
Undang-Undang Malaysia
Akta 643