Malaysia legislation
Section 12
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 12
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3), tiap-tiap permohonan kepada Pendaftar untuk apa-apa perakuan atau dokumen atau apa-apa cabutan atau salinan suatu perakuan atau dokumen yang berhubungan dengan suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing yang akan dikeluarkan di bawah Akta ini hendaklah dibuat melalui sesuatu entiti pengurusan.
(3)
Sesuatu permohonan boleh dibuat terus kepada Pendaftar jika permohonan itu adalah berkenaan dengan suatu syarikat
Langkawi atau syarikat Langkawi asing dan permohonan itu dibuat oleh seorang anggota syarikat itu untuk suatu perakuan, dokumen, atau suatu cabutan atau salinan suatu perakuan atau dokumen untuk kegunaannya sendiri.
Penyerahan atau pemfailan dokumen secara elektronik