Malaysia legislation
Section 13
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 13
(2)
Seseorang yang bercadang untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi seorang pelanggan kepada perkhidmatan itu dengan membayar fi yang ditetapkan dan dengan mematuhi apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang ditentukan oleh Pendaftar.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(3)
Hanya seorang pelanggan kepada perkhidmatan yang disediakan di bawah subseksyen (1) boleh menyerahkan atau memfailkan dokumen secara elektronik dengan Pendaftar.
(4)
Sesuatu dokumen yang diserahkan atau difailkan secara elektronik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai telah memuaskan kehendak untuk penyerahan atau pemfailan jika dokumen itu disampaikan atau dihantarkan kepada Pendaftar melalui apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar.
(5)
Pendaftar boleh, melalui notis bertulis, menyatakan dokumen yang boleh diserahkan atau difailkan secara elektronik.
(6)
Sesuatu dokumen yang dikehendaki untuk diperakui atau disahkan hendaklah, jika dokumen itu dikehendaki supaya diserahkan atau difailkan secara elektronik, diperakui atau disahkan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang dinyatakan oleh Pendaftar.
(7)
Jika sesuatu dokumen diserahkan atau difailkan secara elektronik dengan Pendaftar, Pendaftar atau ejen yang diberi kuasa olehnya tidak bertanggungan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana orang oleh sebab apa-apa jua jenis kesilapan atau peninggalan atau yang bagaimana jua pun berbangkit yang terdapat dalam apa-apa dokumen yang diperoleh oleh mana-mana orang di bawah perkhidmatan yang dirujuk dalam subseksyen (1), jika kesilapan atau peninggalan itu dibuat dengan suci hati dan dalam perjalanan biasa penunaian kewajipan Pendaftar atau ejen yang diberi kuasa olehnya atau yang berlaku atau berbangkit akibat daripada apa-apa kecacatan atau kerosakan dalam perkhidmatan itu atau pada kelengkapan yang digunakan bagi penyediaan perkhidmatan itu.
Nilai keterangan dokumen yang diserahkan atau difailkan secara elektronik