Malaysia legislation

Section 17

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 17

(a)

jika dia bukannya seorang juruaudit yang diluluskan;

28

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(b)

jika dia terhutang dengan syarikat itu atau dengan suatu syarikat yang disifatkan berkaitan dengan syarikat itu menurut kuasa seksyen 4 dalam suatu amaun yang melebihi lima ribu dolar atau suatu amaun yang setara dalam apa-apa mata wang lain;

(c)

jika dia ialah—

(i)

seorang pegawai syarikat itu;

(ii)

seorang pekongsi, majikan atau pekerja seseorang pegawai syarikat itu;

(iii)

seorang pekongsi, atau pekerja seorang pekerja seseorang pegawai syarikat itu;

(iv)

seorang suami atau isteri seseorang pegawai syarikat itu;

(v)

seorang suami atau isteri seorang pekerja seseorang pegawai syarikat itu; atau

(vi)

seorang pemegang syer, atau suami atau isteri seorang pemegang syer, suatu perbadanan yang pekerjanya ialah seorang pegawai syarikat itu;

atau

(d)

jika dia bertanggungjawab untuk, atau jika dia ialah pekongsi, majikan atau pekerja seorang yang bertanggungjawab untuk, menyimpan daftar anggota atau daftar pemegang debentur syarikat itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), seseorang hendaklah disifatkan sebagai seorang pegawai suatu syarikat Langkawi jika dia ialah seorang pegawai suatu syarikat yang disifatkan sebagai berkaitan dengan syarikat Langkawi itu menurut kuasa seksyen 4 atau dia telah, pada bila-bila masa dalam tempoh dua belas bulan yang terdahulu, menjadi seorang pegawai atau penaja syarikat Langkawi itu atau syarikat yang satu lagi itu.

(3)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang tidak boleh disifatkan sebagai seorang pegawai syarikat Langkawi hanya oleh sebab dia telah dilantik sebagai seorang juruaudit suatu syarikat.

(4)

Tiada seorang pun boleh melantik seorang sebagai juruaudit suatu syarikat Langkawi melainkan jika orang yang akan dilantik

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 29

sebagai juruaudit telah, sebelum pelantikan itu, bersetuju secara bertulis untuk bertindak sebagai juruaudit sedemikian.

(5)

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang menghendak juruaudit yang diluluskan untuk mengambil insurans terhadap liability mereka sebagai juruaudit syarikat Langkawi.

Pelikuidasi yang diluluskan