Malaysia legislation
Section 18
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 18
(2)
Pendaftar boleh membatalkan mana-mana kelulusan yang diberikan di bawah subseksyen (1).
(3)
Pendaftar hendaklah menyimpan suatu daftar pelikuidasi yang diluluskan.
(4)
Tiada seorang pun boleh dilantik atau boleh bertindak sebagai pelikuidasi suatu syarikat Langkawi—
(a)
jika dia bukannya seorang pelikuidasi yang diluluskan;
(b)
jika dia terhutang dengan syarikat yang dilikuidasikan itu atau dengan suatu syarikat yang disifatkan sebagai berkaitan dengan syarikat yang dilikuidasikan itu menurut kuasa seksyen 4 dalam suatu amaun yang melebihi lima ribu dolar atau suatu amaun yang setara dalam apa-apa mata wang yang lain; atau
(c)
jika dia tidak memberi persetujuannya secara bertulis bagi pelantikan itu.
(5)
Jika seorang pelikuidasi yang diluluskan dilantik untuk menjadi pelikuidasi suatu syarikat Langkawi, sama ada oleh Mahkamah atau dalam suatu penggulungan sukarela, dia hendaklah dengan serta-merta memberitahu Pendaftar secara bertulis mengenai apa-apa kepentingan yang dipunyainya dalam syarikat Langkawi itu sebagai seorang pegawai, majikan atau pekerja syarikat Langkawi itu atau sebagai seorang pekongsi, majikan atau pekerja seseorang pegawai syarikat Langkawi itu, dan apa-apa kepentingan yang mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya mempunyai dalam syarikat Langkawi itu.
30
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
Daftar