Malaysia legislation
Section 19
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 19
(2)
Mana-mana pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarah atau pelikuidasi suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing, atau mana-mana orang lain yang mempunyai kebenaran bertulis daripada pegawai, anggota, pemegang debentur, pengarah atau pelikuidasi sedemikian atau yang dapat menunjukkan kepada
Pendaftar bahawa dia mempunyai sebab yang baik untuk berbuat demikian, boleh, tertakluk kepada Akta ini dan apabila dibayar fi yang ditetapkan—
(a)
memeriksa mana-mana dokumen yang diserahkan atau difailkan dengan Pendaftar berkenaan dengan syarikat itu; atau
(b)
menghendaki mana-mana perakuan untuk dikeluarkan di bawah Akta ini atau suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen berkenaan dengan syarikat itu supaya diberikan atau diberikan dan diperakui oleh Pendaftar.
(3)
Suatu salinan atau cabutan daripada mana-mana dokumen yang diserahkan atau difailkan di pejabat Pendaftar, yang diperakui sebagai suatu salinan benar atau cabutan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar, hendaklah, dalam mana-mana prosiding, boleh diterima sebagai keterangan yang mempunyai kesahan yang sama dengan dokumen asal.
(4)
Dalam mana-mana prosiding undang-undang—
(a)
suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar bahawa, pada tarikh atau semasa tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu, tiada syarikat yang didaftarkan di bawah Akta ini dengan suatu nama yang dinyatakan dalam perakuan itu hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie bahawa pada tarikh itu atau semasa tempoh itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tiada sesuatu syarikat telah didaftarkan dengan nama itu di bawah
Akta ini; dan
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 31
(b)
suatu perakuan di bawah tandatangan dan meterai Pendaftar bahawa suatu kehendak Akta ini yang dinyatakan dalam perakuan itu—
(i)
telah atau tidak dipatuhi pada suatu tarikh atau dalam tempoh yang dinyatakan dalam perakuan itu; atau
(ii)
telah dipatuhi pada suatu tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu tetapi tidak sebelum tarikh itu, hendaklah diterima sebagai keterangan prima facie mengenai perkara yang dinyatakan dalam perakuan itu.
(5)
Jika Pendaftar berpendapat bahawa suatu dokumen yang dikemukakan untuk diserahkan kepada Pendaftar—
(a)
mengandungi perkara yang berlawanan dengan undang-undang;
(b)
mengandungi perkara yang, dalam butir yang material, adalah palsu atau mengelirukan mengikut bentuk atau konteks yang perkara itu dimasukkan;
(c)
oleh sebab suatu peninggalan atau salah perihalan, tidak disempurnakan dengan sewajarnya;
(d)
tidak mematuhi kehendak Akta ini; atau
(e)
mengandungi suatu kesilapan, perubahan atau pemadaman,
Pendaftar boleh enggan mendaftarkan atau menerima dokumen itu dan boleh meminta—
(f)
supaya dokumen itu dipinda atau disempurnakan dengan sesuai dan dikemukakan semula;
(g)
supaya suatu dokumen yang baru dikemukakan sebagai gantinya; atau
(h)
jika dokumen itu tidak disempurnakan dengan sewajarnya, supaya suatu dokumen tambahan dalam bentuk yang ditetapkan diserahkan.
32
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(6)
Pendaftar boleh menghendaki seorang yang mengemukakan suatu dokumen untuk diserahkan kepada Pendaftar supaya mengemukakan kepada Pendaftar apa-apa dokumen lain, atau untuk memberi kepada Pendaftar apa-apa maklumat, sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Pendaftar bagi membuat suatu pendapat sama ada dia boleh enggan menerima atau mendaftarkan dokumen itu.
(7)
Mana-mana orang yang terkilan dengan keengganan Pendaftar untuk mendaftarkan sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat
Langkawi asing atau untuk mendaftarkan atau menerima apa-apa dokumen, atau dengan apa-apa tindakan atau keputusan Pendaftar, boleh merayu dalam masa tiga puluh hari dari keputusan Pendaftar itu kepada Menteri, yang boleh mengesahkan keengganan, tindakan atau keputusan itu atau memberikan apa-apa arahan mengenai perkara itu sebagaimana yang difikirkannya patut atau selainnya memutuskan perkara itu, tetapi subseksyen ini tidaklah terpakai bagi apa-apa tindakan atau keputusan Pendaftar—
(a)
yang berkenaan dengannya mana-mana peruntukan yang berupa rayuan atau kajian semula diperuntukkan dengan nyata dalam Akta ini; atau
(b)
yang diisytiharkan oleh Akta ini sebagai konklusif atau muktamad atau yang termaktub dalam mana-mana dokumen yang diisytiharkan oleh Akta ini sebagai keterangan konklusif bagi apa-apa tindakan, perkara atau benda.
(8)
Jika suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau seseorang, setelah melakukan keingkaran dalam mematuhi—
(a)
mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana undang-undang lain yang menghendaki supaya diserahkan atau difailkan mengikut apa-apa cara dengan Pendaftar apa-apa penyata, akaun atau dokumen lain atau, supaya diberikan notis kepadanya mengenai apa-apa perkara; atau
(b)
apa-apa permintaan oleh Pendaftar untuk meminda atau menyempurnakan dan mengemukakan semula apa-apa dokumen atau mengemukakan suatu dokumen yang baru,
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 33
tidak membaiki keingkaran itu dalam masa tiga puluh hari selepas disampaikan kepada syarikat atau orang itu suatu notis yang menghendakinya dilakukan, Pendaftar boleh memerintahkan syarikat itu dan mana-mana pegawai syarikat itu atau orang sedemikian supaya membaiki keingkaran itu dalam masa sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.
(9)
Pendaftar boleh, jika pada pendapatnya tidak lagi perlu atau dikehendaki untuk menyimpannya, memusnahkan atau memberikan kepada Arkib Negara—
(a)
dalam hal suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing—
(i)
mana-mana penyata mengenai pengumpukan syer bagi wang tunai yang telah diserahkan atau difailkan selama tidak kurang daripada enam tahun;
(ii)
mana-mana penyata atau kunci kira-kira yang telah diserahkan atau difailkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun, atau mana-mana dokumen yang mewujudkan atau membuktikan suatu gadaian atau penyelesaian sepenuhnya atau sebahagiannya suatu gadaian yang mana suatu memorandum penyelesaian gadaian itu telah didaftarkan selama tidak kurang daripada tujuh tahun; atau
(iii)
mana-mana dokumen lain (selain memorandum dan perkara persatuan atau mana-mana dokumen lain yang menyentuhnya) yang telah diserahkan, difailkan atau didaftarkan selama tidak kurang daripada lima belas tahun;
(b)
dalam hal suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing yang telah dibubarkan atau yang terhenti didaftarkan selama tidak kurang daripada lima belas tahun, mana-mana dokumen yang diserahkan, difailkan atau didaftarkan;
atau
(c)
mana-mana dokumen yang transparensinya telah dimasukkan dengan suatu daftar yang disimpan oleh Pendaftar.
34
Undang-Undang Malaysia
Akta 643