Malaysia legislation

Section 21

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 21

(2)

Pendaftar boleh menghendaki suatu akuan berkanun yang dibuat oleh seorang pegawai untuk diserahkan dengan menyatakan bahawa semua atau mana-mana kehendak Akta ini telah dipatuhi, dan Pendaftar boleh menerima akuan sedemikian sebagai keterangan yang mencukupi bagi pematuhan.

(3)

Apabila memorandum itu didaftarkan, Pendaftar hendaklah memperakui di bawah tandatangan dan meterainya bahawa syarikat

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 35

itu, pada dan mulai dari tarikh yang dinyatakan dalam perakuan itu, telah diperbadankan, dan bahawa syarikat itu ialah suatu syarikat yang terhad mengikut syer.

(4)

Pada dan mulai dari tarikh pemerbadanan yang dinyatakan dalam perakuan pemerbadanan itu, tetapi tertakluk kepada Akta ini, penandatangan kepada memorandum bersama dengan mana-mana orang lain yang dari semasa ke semasa akan menjadi anggota syarikat itu hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama yang terkandung dalam memorandum itu, yang boleh dengan serta-merta menjalankan semua fungsi sesuatu syarikat yang diperbadankan, dan yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya, dan yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, dengan kuasa untuk memegang tanah tetapi dengan apa-apa liabiliti di pihak anggota itu untuk menyumbang kepada aset syarikat sekiranya syarikat itu digulungkan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Akta ini.

(5)

Sesuatu perakuan pemerbadanan bagi suatu syarikat yang dikeluarkan oleh Pendaftar hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pematuhan semua kehendak Akta ini berkenaan dengan pemerbadanan.

(6)

Sesuatu syarikat Langkawi hendaklah membayar apa-apa fi tahunan sebagaimana yang ditetapkan mengikut cara yang ditetapkan.

(7)

Tiap-tiap penandatangan kepada memorandum hendaklah disifatkan sebagai telah bersetuju untuk menjadi seorang anggota suatu syarikat Langkawi dan, apabila syarikat itu diperbadankan, hendaklah dicatatkan sebagai seorang anggota dalam daftar anggotanya berkenaan dengan syer yang dilanggan untuk atau olehnya dalam memorandum itu, dan tiap-tiap orang lain yang bersetuju untuk menjadi seorang anggota suatu syarikat dan yang namanya dicatatkan dalam daftar anggota itu hendaklah menjadi seorang anggota syarikat itu.

Permohonan bagi pendaftaran syarikat asing sebagai terus wujud di Langkawi

Section 21 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005