Malaysia legislation

Section 22

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 22

(2)

Apabila permohonan dibuat di bawah subseksyen (1), yang disokong oleh apa-apa bahan yang didapati oleh Pendaftar sebagai cukup dan memuaskan, Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa persetujuan daripada apa-apa bilangan atau perkadaran pemegang syer, pemegang debentur dan pemiutang syarikat asing itu sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang negara atau bidang kuasa itu, dan persetujuan daripada pegawai yang sesuai bagi negara atau bidang kuasa itu, terhadap pendaftaran sedemikian telah didapatkan oleh syarikat itu, mendaftarkan syarikat itu sebagai terus wujud dan, jika didaftarkan sedemikian, syarikat itu hendaklah selepas itu disifatkan sebagai suatu syarikat

Langkawi yang diperbadankan di bawah Akta ini dan berdomisil di Langkawi:

Dengan syarat bahawa tiada syarikat asing boleh didaftarkan di bawah seksyen ini jika—

(a)

syarikat itu adalah dalam proses penggulungan atau likuidasi;

(b)

seorang penerima bagi hartanya telah dilantik; atau

(c)

terdapat apa-apa skim atau perintah yang berkuat kuasa berhubung dengan syarikat itu yang menurutnya hak pemiutang telah digantung atau disekat.

(3)

Pendaftaran sesuatu syarikat asing di bawah seksyen ini tidak boleh berkuat kuasa untuk—

(a)

mewujudkan suatu entiti undang-undang yang baru;

(b)

menjejaskan atau menyentuh keberterusan syarikat itu;

(c)

menyentuh harta syarikat itu;

(d)

mencacatkan apa-apa prosiding undang-undang atau prosiding lain yang dimulakan, atau yang akan dimulakan, oleh atau terhadap syarikat itu atau mana-mana orang lain; atau

(e)

menyentuh apa-apa hak, kuasa, autoriti, kewajipan, fungsi, liabiliti atau obligasi syarikat itu atau mana-mana orang lain.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 37

(4)

Apabila suatu syarikat asing didaftarkan di bawah seksyen ini—

(a)

sekian banyak daripada perlembagaannya yang, jika syarikat itu telah diperbadankan di bawah Akta ini, dikehendaki oleh Akta ini supaya dimasukkan ke dalam memorandum persatuannya, hendaklah disifatkan sebagai memorandum persatuan bagi syarikat itu; dan

(b)

sekian banyak daripada perlembagaannya yang tidak, menurut kuasa perenggan (a), mengandungi memorandum persatuannya, hendaklah disifatkan sebagai perkara persatuan syarikat itu, dan memorandum dan perkara persatuan yang disifatkan itu hendaklah mengikat syarikat itu dan anggotanya dengan sewajarnya.

Kelulusan terdahulu pada prinsipnya