Malaysia legislation
Section 24
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 24
(a)
nama syarikat itu;
(b)
matlamat syarikat itu;
38
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(c)
amaun modal syer yang dengannya syarikat itu dicadang hendak didaftarkan dan pembahagiannya kepada syer bagi amaun yang tetap;
(d)
nama penuh dan alamat setiap penandatangan kepada memorandum itu; dan
(e)
bahawa penandatangan atau penandatangan-penandatangan kepada memorandum itu berhasrat supaya dibentuk menjadi suatu syarikat Langkawi menurut memorandum itu dan masing-masing bersetuju untuk mengambil bilangan syer dalam modal syarikat itu yang dinyatakan bersetentangan dengan nama mereka masing-masing.
(2)
Anggota syarikat Langkawi hendaklah bertanggungan kepada syarikat itu bagi amaun yang tidak berbayar bagi syer mereka tetapi liabiliti mereka sebagai anggota adalah, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, terhad kepada amaun, jika ada, yang tidak berbayar bagi syer yang dipegang oleh mereka.