Malaysia legislation
Section 26
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 26
Transaksi ultra vires
(2)
Apa-apa ketidakupayaan atau ketiadaan kuasa sedemikian boleh ditegaskan atau diharapkan hanya dalam—
(a)
mana-mana prosiding terhadap syarikat Langkawi itu oleh mana-mana anggota syarikat itu atau, jika syarikat itu telah menerbitkan debentur yang dicagarkan oleh suatu gadaian terapung atas semua atau mana-mana harta syarikat itu, oleh pemegang mana-mana debentur itu, atau oleh pemegang amanah bagi pemegang debentur itu, untuk menahan perlakuan apa-apa tindakan atau pemindahhakan atau pemindahan hakmilik mana-mana harta kepada atau oleh syarikat itu;
(b)
mana-mana prosiding oleh syarikat itu atau oleh mana-mana anggota syarikat itu terhadap pegawai sekarang atau yang dahulu syarikat itu; atau
(c)
apa-apa petisyen oleh Menteri untuk menggulung syarikat itu.
(3)
Jika tindakan, pemindahhakan atau pemindahan hakmilik yang tidak dibenarkan yang hendak ditahan dalam mana-mana prosiding di bawah perenggan (2)(a) sedang dilaksanakan atau dibuat atau hendak dilaksanakan atau dibuat menurut mana-mana kontrak yang kepadanya syarikat Langkawi itu menjadi suatu pihak,
Mahkamah boleh, jika semua pihak kepada kontrak itu adalah pihak dalam prosiding itu dan jika disifatkan adil dan saksama oleh Mahkamah, mengetepikan dan menahan pelaksanaan kontrak itu dan boleh membenarkan kepada syarikat itu atau kepada pihak lain kepada kontrak itu, mengikut kehendak kes itu, pampasan bagi kerugian atau kerosakan yang ditanggung oleh mana-mana daripada mereka yang boleh menjadi akibat daripada pengetepian dan penahanan pelaksanaan kontrak itu, tetapi keuntungan yang dijangkakan yang akan terbit daripada pelaksanaan kontrak itu tidak boleh diawardkan oleh Mahkamah sebagai suatu kerugian atau kerosakan yang ditanggung.
40
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
Nama syarikat Langkawi