Malaysia legislation
Section 27
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 27
(2)
Sesuatu syarikat Langkawi hendaklah mempunyai—
(a)
perkataan “Corporation” atau perkataan “Incorporated”
atau singkatan “Corp.” atau “Inc.”;
(b)
perkataan “Limited” atau singkatan “Ltd.”;
(c)
perkataan “Public Limited Company” atau singkatan
“P.L.C.”;
(d)
perkataan “Societe Anonyme” atau “Sociedad Anonima”
atau singkatan “S.A.”;
(e)
perkataan “Aktiengesellschaft” atau singkatan “A.G.”;
(f)
perkataan “Naamloze Vennootschap” atau singkatan
“N.V.”;
(g)
perkataan “Perseroan Terbatas” atau singkatan “P.T.”;
atau
(h)
dalam huruf rumi, apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan dalam bahasa kebangsaan mana-mana negara yang bermaksud sesuatu syarikat saham bersama yang terhad mengikut syer, atau apa-apa singkatannya, sebagai sebahagian daripada namanya.
(3)
Sesuatu syarikat Langkawi boleh mempunyai perkataan
“(LGK)” sebagai sebahagian daripada namanya.
(4)
Walau apa pun subseksyen (2), sesuatu syarikat Langkawi boleh mempunyai perkataan “Berhad” atau singkatan “Bhd.”
sebagai sebahagian daripada namanya, tetapi apabila perkataan
“Berhad” atau singkatan “Bhd.” digunakan sebagai sebahagian daripada nama syarikat Langkawi itu, syarikat Langkawi itu hendaklah sebagai tambahan mempunyai perkataan “(LGK)”
sebagai sebahagian daripada namanya.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 41
(5)
Tiada apa-apa perihalan mengenai sesuatu syarikat Langkawi boleh disifatkan sebagai tidak mencukupi atau tidak betul oleh sebab penggunaan suatu singkatan atau singkatan-singkatan sebagai menggantikan apa-apa perkataan atau perkataan-perkataan yang dirujuk dalam subseksyen (2) dan sebaliknya.
(6)
Seseorang boleh menyerahkan kepada Pendaftar sesuatu permohonan dalam bentuk yang ditetapkan bagi penempahan sesuatu nama yang dinyatakan dalam permohonan itu sebagai—
(a)
nama suatu syarikat Langkawi yang dicadangkan; atau
(b)
nama yang kepadanya suatu syarikat Langkawi bercadang hendak menukarkan namanya.
(7)
Jika Pendaftar berpendapat bahawa pemohonan itu dibuat secara bona fide dan berpuas hati bahawa nama yang dicadangkan itu ialah suatu nama yang dengannya syarikat Langkawi yang dicadangkan itu atau syarikat Langkawi itu boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen (1), dia hendaklah menempahkan nama yang dicadangkan itu selama tempoh tiga bulan mulai dari tarikh permohonan itu diserahkan.
(8)
Semasa tempoh yang suatu nama ditempahkan, tiada seorang pun (selain syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi yang dicadangkan yang berkenaan dengannya nama itu ditempahkan)
boleh didaftarkan di bawah Akta ini atau mana-mana Akta lain, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama, dengan nama yang ditempahkan itu atau dengan apa-apa nama lain yang, pada pendapat Pendaftar, begitu hampir menyerupai nama yang ditempahkan itu hingga mungkin menyebabkan kesilapan bagi nama itu.
(9)
Penempahan sesuatu nama di bawah seksyen ini berkenaan dengan suatu syarikat Langkawi yang dicadangkan atau syarikat
Langkawi tidak dengan sendirinya memberikan hak kepada syarikat yang dicadangkan atau syarikat itu untuk didaftarkan dengan nama itu, sama ada pada asalnya atau atas pertukaran nama.
Pertukaran nama