Malaysia legislation

Section 28

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 28

(2)

Jika Pendaftar meluluskan nama yang syarikat itu telah membuat ketetapan sebagai patut menjadi nama barunya, dia hendaklah, apabila dibayar fi yang ditetapkan, mengeluarkan suatu perakuan pemerbadanan bagi syarikat itu di bawah nama barunya dan apabila dikeluarkan perakuan pemerbadanan itu pertukaran nama itu hendaklah berkuat kuasa.

(3)

Jika nama sesuatu syarikat Langkawi (sama ada dengan tidak sengaja atau selainnya dan sama ada pada asalnya atau melalui pertukaran nama) adalah suatu nama yang dengannya syarikat itu tidak boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen 27(1), syarikat itu boleh, melalui ketetapan khas, menukarkan namanya kepada suatu nama yang dengannya syarikat itu boleh didaftarkan tanpa melanggar subseksyen itu dan, jika diarahkan sedemikian oleh

Pendaftar, hendaklah menukarkannya dalam masa enam minggu selepas tarikh arahan itu atau apa-apa tempoh yang lebih lama sebagaimana yang dibenarkan oleh Pendaftar, melainkan jika

Menteri, melalui notis bertulis, mengungkaikan arahan itu, dan jika syarikat itu tidak mematuhi arahan itu ia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Lima ribu ringgit.

(4)

Suatu pertukaran nama menurut Akta ini tidaklah menyentuh identiti syarikat Langkawi itu atau apa-apa hak atau obligasi syarikat itu atau mencacatkan apa-apa prosiding oleh atau terhadap syarikat itu; dan apa-apa prosiding undang-undang yang mungkin telah diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat itu dengan nama dahulunya boleh diteruskan atau dimulakan oleh atau terhadap syarikat itu dengan nama barunya.

Perkara persatuan