Malaysia legislation

Section 2

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 2

(a)

mana-mana pengarah, setiausaha atau orang lain yang dilantik di bawah suatu resolusi pengarah untuk memegang suatu jawatan yang dinyatakan;

(b)

mana-mana penerima dan pengurus mana-mana bahagian pengusahaan syarikat itu yang dilantik di bawah suatu kuasa yang terkandung dalam mana-mana surat cara;

dan

(c)

mana-mana pelikuidasi syarikat itu yang dilantik dalam suatu penggulungan sukarela;

14

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

tetapi tidaklah termasuk—

(d)

mana-mana penerima yang juga bukannya seorang pengurus;

(e)

mana-mana penerima dan pengurus yang dilantik oleh

Mahkamah; atau

(f)

mana-mana pelikuidasi yang dilantik oleh Mahkamah atau oleh pemiutang;

“pelikuidasi yang diluluskan” ertinya seseorang yang diluluskan di bawah subseksyen 18(1);

“pemastautin” ertinya—

(a)

berhubung dengan orang sebenar, seorang warganegara atau pemastautin tetap Malaysia; atau

(b)

berhubung dengan mana-mana orang lain, seorang yang telah menubuhkan suatu tempat perniagaan dan mengendalikan perniagaannya di Malaysia, dan termasuklah seseorang yang diisytiharkan sebagai pemastautin menurut seksyen 43 Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

[Akta 17];

“penaja”, berhubung dengan sesuatu prospektus yang dikeluarkan oleh atau yang berkaitan dengan suatu syarikat Langkawi, ertinya seorang penaja syarikat itu yang menjadi suatu pihak dalam penyediaan prospektus atau mana-mana bahagian prospektus itu yang berkaitan, tetapi tidak termasuk mana-mana orang yang bertindak hanya oleh sebab sifat profesionalnya atau atas sifatnya sebagai penasihat;

“pencarum”, berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi, ertinya seseorang yang bertanggungan untuk mencarum kepada aset syarikat itu sekiranya syarikat itu digulungkan, dan termasuklah pemegang syer berbayar penuh dalam syarikat itu dan, sebelum penentuan muktamad orang yang menjadi pencarum, termasuklah mana-mana orang yang dikatakan sebagai seorang pencarum;

“Pendaftar” ertinya Pendaftar Syarikat di bawah Akta Syarikat 1965 [Akta 125], dan termasuklah mana-mana Pendaftar Rantau,

Timbalan Pendaftar atau Penolong Pendaftar Syarikat;

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 15

“pengarah” ertinya mana-mana orang, tidak kira dengan apa jua namanya disebut, yang memegang jawatan pengarah sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing, dan termasuklah seseorang yang mengikut arahan atau petunjuknya pengarah syarikat sedemikian biasanya bertindak dan seorang pengarah gilir atau ganti;

“peraturan-peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;

“perbadanan” ertinya sesuatu syarikat Langkawi, syarikat

Langkawi asing, syarikat domestik atau syarikat asing;

“pos” termasuklah komunikasi melalui mel, e-mel, kurier, tambang muatan, teleks atau faksimile;

“prospektus” ertinya apa-apa prospektus, notis, pekeliling, iklan atau pelawaan yang mempelawa permohonan atau tawaran daripada awam untuk melanggan atau membeli, atau yang menawarkan kepada awam untuk dilanggan atau dibeli, mana-mana syer atau mana-mana unit syer dalam sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat

Langkawi yang dicadangkan;

“syarikat asing” ertinya—

(a)

sesuatu syarikat, pertubuhan, persatuan atau badan lain yang diperbadankan di luar Malaysia; atau

(b)

sesuatu pertubuhan, persatuan atau badan lain yang tidak diperbadankan yang di bawah undang-undang tempat asalnya boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya, atau memegang harta atas nama setiausaha atau pegawai lain pertubuhan, persatuan atau badan itu yang dilantik dengan sewajarnya bagi maksud itu, dan yang tidak mempunyai ibu pejabat atau tempat utama perniagaannya di Malaysia;

“syarikat domestik” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;

“syarikat Langkawi” ertinya sesuatu syarikat yang diperbadankan di bawah Akta ini dan yang menjalankan aktiviti yang berhubungan dengan kapal layar;

16

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

“syarikat Langkawi asing” ertinya sesuatu syarikat asing yang didaftarkan di bawah Bahagian VIII;

“syer”, berhubung dengan sesuatu syarikat Langkawi, ertinya suatu syer dalam modal syer syarikat itu, dan termasuklah saham;

“tarikh pembayaran fi tahunan” ertinya tarikh yang fi tahunan bagi sesuatu syarikat Langkawi hendaklah kena dibayar menurut subseksyen 21(6);

“umpuk” termasuklah jual, terbit, serah hak dan pindah hak;

dan “pengumpukan” mempunyai erti yang bersamaan.

(2)

Bagi maksud Akta ini, seseorang hendaklah disifatkan memegang sesuatu kepentingan benefisial dalam sesuatu syer—

(a)

jika orang itu, sama ada berseorangan atau bersama dengan orang lain, berhak (selainnya sebagai seorang pemegang amanah bagi, bagi pihak, atau oleh sebab, orang lain)

untuk menerima, secara langsung atau tidak langsung, apa-apa dividen berkenaan dengan syer itu atau untuk menjalankan, atau untuk mengawal penjalanan, apa-apa hak yang berkait dengan syer itu; atau

(b)

jika orang itu, iaitu suatu perbadanan, memegang apa-apa kepentingan benefisial dalam sesuatu syer perbadanan lain yang memegang, atau yang subsidiarinya memegang, apa-apa kepentingan benefisial dalam syer yang mula-mula disebut itu.

(3)

Apabila dalam Akta ini mana-mana orang yang memegang atau menduduki sesuatu jawatan atau kedudukan tertentu disebut atau dirujuk, sebutan atau rujukan itu hendaklah, melainkan jika didapati tujuan yang berlawanan, dikira termasuk semua orang yang hendaklah pada bila-bila masa selepas itu menduduki buat sementara waktu jawatan atau kedudukan itu.

(4)

Mana-mana peruntukan Akta ini yang mengatasi atau mentafsirkan perkara persatuan bagi sesuatu perbadanan hendaklah, kecuali jika diperuntukkan selainnya oleh Akta ini, terpakai berhubung dengan perkara persatuan yang berkuat kuasa pada permulaan kuat kuasa Akta ini, dan juga kepada perkara persatuan

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 17

yang mula berkuat kuasa selepas itu, dan hendaklah juga terpakai berhubung dengan memorandum suatu perbadanan sebagaimana ia terpakai berhubung dengan perkara persatuan perbadanan itu.

Takrif subsidiari dan syarikat pemegangan