Malaysia legislation
Section 32
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 32
(a)
suatu kontrak yang, jika dibuat antara orang persendirian, dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulis di bawah meterai, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis di bawah meterai perbadanan syarikat itu;
(b)
suatu kontrak yang, jika dibuat antara orang persendirian, dikehendaki oleh undang-undang dibuat secara bertulis dengan ditandatangani oleh pihak yang dipertanggungkan dengannya, boleh dibuat bagi pihak syarikat itu secara bertulis dan ditandatangani oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah autoritinya, yang nyata atau tersirat;
atau
(c)
suatu kontrak yang, jika dibuat antara orang persendirian, adalah sah di sisi undang-undang walaupun dibuat secara lisan sahaja, dan tidak diubah ke dalam bentuk bertulis, boleh dibuat secara lisan bagi pihak syarikat itu oleh mana-mana orang yang bertindak di bawah autoritinya, yang nyata atau tersirat, dan mana-mana kontrak yang dibuat sedemikian hendaklah berkesan di sisi undang-undang dan hendaklah mengikat syarikat itu dan penggantinya dan semua pihak lain kepadanya dan boleh diubah atau dilaksanakan mengikut cara yang ia dibenarkan dibuat.
(2)
Suatu dokumen atau prosiding yang menghendaki pengesahan oleh suatu syarikat Langkawi boleh ditandatangani oleh seorang pegawai yang diberi kuasa syarikat itu dan tidak perlu dibuat di bawah meterai perbadanannya.
(3)
Suatu syarikat Langkawi boleh, secara bertulis di bawah meterai perbadanannya, memberi kuasa kepada mana-mana orang, sama ada secara am atau berkenaan dengan apa-apa perkara yang dinyatakan sebagai ejen atau wakilnya, untuk menyempurnakan surat ikatan bagi pihaknya, dan suatu surat ikatan yang ditandatangani
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 45
oleh ejen atau wakil itu bagi pihak syarikat itu di bawah meterainya atau di bawah meterai yang sesuai bagi syarikat itu, hendaklah mengikat syarikat itu; dan semua orang yang berurusan dengan suci hati hendaklah berhak untuk menganggap penyempurnaan surat ikatan itu adalah secara biasa dan patut, dan untuk bertindak dengan sewajarnya.
(4)
Suatu syarikat Langkawi boleh, jika dibenarkan oleh perkara persatuannya, menubuhkan sesuatu cawangan di mana-mana bahagian dunia tetapi ia tidak boleh menubuhkan sesuatu cawangan di mana-mana bahagian di Malaysia di luar Langkawi.
(5)
Suatu syarikat Langkawi dan mana-mana cawangan syarikat itu boleh mempunyai untuk kegunaan di mana-mana tempat di luar Langkawi suatu meterai perbadanan pendua yang adalah suatu faksimile meterai perbadanan syarikat itu dengan penambahan pada mukanya nama cawangan itu; dan meterai itu hendaklah dikenali sebagai meterai cawangan.
(6)
Jika suatu syarikat Langkawi telah menubuhkan suatu cawangan ia boleh, dalam surat cara yang menubuhkan cawangan itu atau dalam suatu surat cara yang kemudiannya yang ditandatangani atau dimeteraikan oleh setiausaha atau di bawah meterainya sendiri, melantik seorang atau lebih untuk menjadi pengarah cawangan dan untuk menubuhkan suatu lembaga tempatan dan membuat peruntukan bagi suatu meterai cawangan dan bagi penjagaannya dan menetapkan orang yang boleh melekatkan meterai itu; dan tertakluk kepada apa-apa arahan atau sekatan yang dikenakan dari semasa ke semasa oleh pengarah syarikat itu, suatu cawangan hendaklah mempunyai kuasa untuk mengikat syarikat itu dan menerbitkan syer atau debentur syarikat itu.
(7)
Sesuatu cawangan boleh mengadakan transaksi mengikut cara yang sama sebagaimana syarikat Langkawi boleh mengadakan transaksi.
(8)
Surat cara yang dibuat atau disahkan di bawah atau dengan menggunakan mana-mana meterai cawangan sesuatu syarikat
Langkawi hendaklah sama berkesannya seolah-olah meterai perbadanan syarikat itu telah dilekatkan padanya; dan tarikh bila dan tempat di mana meterai cawangan itu dilekatkan pada mana-mana surat cara hendaklah ditunjukkan pada surat cara itu.
46
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
Larangan terhadap menjalankan perniagaan apabila syarikat
Langkawi tidak ada anggota