Malaysia legislation

Section 34

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 34

(a)

bilangan syer yang terkandung dalam pengumpukan itu dan amaun yang dibayar bagi syer itu;

(b)

tarikh pengumpukan itu;

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 47

(c)

amaun (jika ada) yang disifatkan dibayar, atau yang genap masa dan kena dibayar, bagi pengumpukan setiap syer;

(d)

jika modal syarikat itu terbahagi kepada syer daripada kelas yang berlainan, kelas syer yang setiap syer dalam pengumpukan itu tergolong; dan

(e)

nama penuh dan alamat setiap penerima umpukan itu dan bilangan serta kelas syer yang diumpukkan kepadanya.

(2)

Penyata di bawah subseksyen (1) hendaklah disimpan di pejabat berdaftar syarikat Langkawi itu.

(3)

Pendaftar boleh, sebagaimana dalam hal keadaan yang disifatkan perlu melalui notis bertulis, menghendaki suatu syarikat

Langkawi untuk menyerahkan kepada Pendaftar suatu penyata berkenaan dengan mana-mana pengumpukan syernya.

(4)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, tiap-tiap pegawai syarikat Langkawi itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.

Panggilan