Malaysia legislation
Section 37
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 37
Akaun premium syer
(2)
Jika aset diperoleh melalui penerbitan syer suatu syarikat
Langkawi dan tiada apa-apa balasan direkodkan, aset yang diperoleh sedemikian hendaklah dinilai, dan jika nilai aset itu melebihi nilai tara syer sedemikian, perbezaan antara nilai tara syer itu dengan nilai aset yang diperoleh sedemikian hendaklah dipindahkan ke dalam akaun premium syer.
(3)
Akaun premium syer boleh, walaupun apa-apa yang terkandung dalam subseksyen (1), dipakai oleh syarikat Langkawi itu—
(a)
bagi membayar syer tidak terbit yang akan diterbitkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh;
(b)
bagi menghapus kira—
(i)
perbelanjaan awal syarikat itu; atau
(ii)
perbelanjaan bagi, atau komisen yang dibayar atau diskaun yang dibenarkan atas, mana-mana penerbitan syer dalam, atau debentur, syarikat itu; atau
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 49
(c)
bagi mengadakan premium yang kena dibayar atas penebusan debentur atau syer keutamaan boleh tebus.
(4)
Jika syer diterbitkan bagi suatu balasan selain wang tunai di bawah subseksyen (2), syer itu tidak boleh diumpukkan sehingga—
(a)
aku janji yang menjadi balasan itu telah dilaksanakan;
atau
(b)
aset yang menjadi balasan itu telah dipindahkan kepada syarikat itu; dan aset hendaklah dianggap sebagai telah dipindahkan kepada suatu syarikat—
(i)
dalam hal barang, apabila pemunyaan atau hak kepunyaan barang itu berpindah kepada syarikat itu atau apabila barang itu dihantarkan kepadanya;
(ii)
dalam hal surat cara boleh niaga, apabila syarikat itu menjadi berhak untuk menguatkuasakan segala hak yang termaktub dalamnya atas namanya sendiri tanpa persetujuan mana-mana orang lain; dan
(iii)
dalam mana-mana hal lain, apabila pemunyaan atau hak yang kurang yang dipersetujui untuk terletak hak pada syarikat itu telah diletakhakkan dengan sahnya pada syarikat itu.
Kuasa untuk menerbitkan syer dan hak pengundian