Malaysia legislation

Section 39

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 39

(a)

jika transaksi itu telah diluluskan melalui suatu ketetapan khas syarikat itu, dan pengarah telah memperakukan kepada mesyuarat itu, secara bertulis, dengan maksud bahawa tiada apa-apa alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa—

(i)

syarikat itu adalah, atau selepas memberi bantuan kewangan itu akan menjadi, tidak solven; atau

(ii)

nilai boleh hasil aset syarikat itu, tidak termasuk amaun apa-apa bantuan kewangan dalam bentuk pinjaman dan dalam bentuk aset yang disandarkan atau dibebankan bagi menjamin sesuatu jaminan, akan, selepas memberikan bantuan kewangan atau pinjaman itu, menjadi kurang daripada agregat liabiliti dan modal yang dinyatakan bagi syarikat itu; atau

(b)

kepada pekerja (selain seorang pekerja yang juga menjadi seorang pengarah) syarikat itu atau mana-mana subsidiarinya atau syarikat pemegangannya.

(2)

Sesuatu syarikat Langkawi boleh membeli, mengambil, menerima atau selainnya memperoleh, memegang, memiliki, menyandarkan, memindahkan atau selainnya melupuskan syernya sendiri, atau syer mana-mana subsidiarinya atau syarikat pemegangannya, tetapi pembelian syer itu, sama ada secara langsung atau tidak langsung, boleh dibuat hanya setakat lebihan terperoleh yang tidak dirizabkan dan tidak tersekat yang ada bagi pembelian itu; dan jika perkara persatuan memperuntukkan sedemikian, atau dengan undi pengesahan pemegang sekurang-kurangnya tiga perempat daripada semua syer yang berhak mengundi mengenainya, setakat lebihan modal yang tidak dirizabkan dan tidak tersekat yang ada bagi pembelian itu.

(3)

Walau apa pun subseksyen (2), dengan syarat bahawa tiada apa-apa alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 51

syarikat itu adalah, atau selepas pembayaran itu akan menjadi, tidak solven atau bahawa nilai boleh hasil aset syarikat itu akan, selepas pembayaran itu, menjadi kurang daripada agregat liabiliti dan modal yang dinyatakan bagi syarikat itu, suatu syarikat

Langkawi boleh membeli atau selainnya memperoleh syernya sendiri bagi maksud—

(a)

menghapuskan syer pecahan;

(b)

membayar pemegang syer yang menentang yang berhak mendapat bayaran bagi syer mereka di bawah peruntukan

Akta ini atau peraturan-peraturan; atau

(c)

melaksanakan, tertakluk kepada Akta ini, penarikan balik syer boleh tebus syarikat itu melalui penebusan atau pembelian dengan harga yang tidak melebihi harga penebusan.

Pengkenselan syer perolehan semula oleh syarikat Langkawi

Section 39 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005