Malaysia legislation

Section 3

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 3

(a)

perbadanan yang satu lagi itu—

(i)

mengawal keanggotaan lembaga pengarah perbadanan yang mula-mula disebut itu;

(ii)

mengawal lebih daripada setengah kuasa pengundian perbadanan yang mula-mula disebut itu; atau

(iii)

memegang lebih daripada setengah modal syer terbitan perbadanan yang mula-mula disebut itu

(tidak termasuk mana-mana bahagiannya yang tidak mempunyai apa-apa hak untuk melibatkan diri yang melebihi sesuatu amaun yang dinyatakan dalam pembahagian sama ada keuntungan atau modal); atau

(b)

perbadanan yang mula-mula disebut itu adalah suatu subsidiari mana-mana perbadanan yang menjadi subsidiari perbadanan yang satu lagi itu.

(2)

Bagi maksud subseksyen (1), keanggotaan lembaga pengarah suatu perbadanan hendaklah disifatkan dikawal oleh perbadanan yang lain jika perbadanan yang satu lagi itu, melalui penjalanan kuasa yang boleh dijalankannya tanpa keizinan atau persetujuan mana-mana orang lain, boleh melantik atau memberhentikan semua atau majoriti pengarah itu, dan bagi maksud peruntukan ini perbadanan yang satu lagi itu hendaklah disifatkan mempunyai kuasa untuk membuat pelantikan sedemikian jika—

(a)

seseorang tidak boleh dilantik sebagai seorang pengarah tanpa penjalanan kuasa sedemikian bagi faedahnya oleh perbadanan yang satu lagi itu; atau

(b)

pelantikan seseorang sebagai seorang pengarah semestinya berikutan daripada kedudukannya sebagai pengarah atau pegawai lain perbadanan yang satu lagi itu.

18

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(3)

Dalam menentukan sama ada sesuatu perbadanan adalah suatu subsidiari perbadanan yang lain—

(a)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu atas sifat pemegang amanah atau fidusiari hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan olehnya;

(b)

tertakluk kepada perenggan (c) dan (d), apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan—

(i)

oleh mana-mana orang sebagai penama bagi perbadanan yang satu lagi itu (kecuali jika perbadanan yang satu lagi itu hanya terlibat atas sifat pemegang amanah atau fidusiari); atau

(ii)

oleh, atau oleh penama bagi, sesuatu subsidiari perbadanan yang satu lagi itu, yang bukannya suatu subsidiari yang hanya terlibat atas sifat pemegang amanah atau fidusiari, hendaklah dikira sebagai dipegang atau boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu;

(c)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh mana-mana orang menurut kuasa peruntukan mana-mana debentur perbadanan yang mula-mula disebut itu atau suatu surat ikatan amanah bagi menjamin apa-apa penerbitan debentur sedemikian tidaklah boleh diambil kira; dan

(d)

apa-apa syer yang dipegang atau kuasa yang boleh dijalankan oleh, atau oleh penama bagi, perbadanan yang satu lagi itu atau subsidiarinya (yang tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan sebagaimana yang disebut dalam perenggan (c)) hendaklah dikira sebagai tidak dipegang atau tidak boleh dijalankan oleh perbadanan yang satu lagi itu jika perniagaan biasa perbadanan yang satu lagi itu atau subsidiarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, termasuk pemberian pinjaman wang dan syer itu dipegang atau kuasa itu boleh dijalankan sebagaimana yang disebut terdahulu sebagai suatu jaminan hanya bagi maksud suatu transaksi yang dibuat dalam perjalanan biasa perniagaan itu.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 19

(4)

Sesuatu rujukan dalam Akta ini kepada syarikat pemegangan suatu perbadanan hendaklah dibaca sebagai suatu rujukan kepada suatu perbadanan yang perbadanan yang terakhir disebut itu adalah suatu subsidiari.

Syarikat berkaitan

Section 3 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005