Malaysia legislation
Section 41
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 41
Menerbitkan syer dengan diskaun
(2)
Tiada apa-apa syer boleh diterbitkan dengan diskaun tanpa terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis Pendaftar.
(3)
Sesuatu permohonan bagi menerbitkan syer dengan diskaun hendaklah dibuat kepada sesuatu entiti pengurusan, dan hendaklah disertakan dengan nama dan alamat semua anggota bersama dengan notis yang dialamatkan kepada anggota itu yang memberitahu mereka tentang penerbitan yang dicadangkan itu dan menyatakan kadar diskaun maksimum yang padanya syer itu akan diterbitkan.
52
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(4)
Entiti pengurusan yang kepadanya permohonan dibuat hendaklah, apabila menerima permohonan dan notis itu, menghantarkan notis itu dan memberitahu anggota yang kepadanya notis itu dialamatkan bahawa apa-apa bantahan hendaklah disampaikan supaya dapat diterima oleh entiti pengurusan itu dalam masa empat puluh dua hari dari tarikh notis itu.
(5)
Apabila tamatnya tempoh enam puluh hari dari tarikh penghantaran notis yang dirujuk dalam subseksyen (3), entiti pengurusan itu hendaklah menyerahkan permohonan itu, bersama dengan apa-apa bantahan yang diterimanya, kepada Pendaftar.
(6)
Jika mana-mana permohonan sedemikian dibuat, Pendaftar boleh, jika memandangkan kepada hal keadaan dalam perkara itu dan apa-apa bantahan, difikirkannya patut berbuat demikian, meluluskan penerbitan itu atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya sesuai.
Perubahan modal syer