Malaysia legislation
Section 42
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 42
(a)
menambahkan modal syernya dengan mewujudkan syer yang baru sebanyak amaun yang difikirkannya suai manfaat;
(b)
menyatukan dan membahagikan semua atau mana-mana modal syernya kepada syer yang lebih besar amaunnya daripada syernya yang ada;
(c)
memecah bahagikan syernya atau mana-mana daripada syer itu kepada syer yang amaunnya kecil daripada yang ditetapkan oleh memorandum atau perkara persatuan, dengan sedemikian cara supaya dalam pecah bahagian itu kadar antara amaun berbayar dengan amaun (jika ada)
tidak berbayar atas setiap syer yang dikurangkan hendaklah sama seperti dalam perkara syer yang daripadanya syer yang dikurangkan itu diperoleh;
(d)
menukarkan semua atau mana-mana syer berbayarnya kepada saham dan menukarkan semula saham itu kepada syer berbayar daripada apa-apa peringkat nilai;
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 53
(e)
mengkenselkan syer yang, pada tarikh ketetapan diluluskan bagi maksud itu, belum diambil atau belum dipersetujui untuk diambil oleh mana-mana orang, dan mengurangkan amaun modal syer itu sebanyak amaun syer yang telah dikenselkan itu;
(f)
mendenominasikan semula mata wang mana-mana syer dengan menukar syer yang didenominasikan dalam satu mata wang kepada nombor syer yang sama bagi mata wang lain, dengan terlebih dahulu mendapat persetujuan bertulis daripada pemiutang, jika ada.
(2)
Sesuatu denominasi semula mata wang bagi mana-mana syer di bawah perenggan (1)(f) hendaklah disifatkan sebagai tidak membawa kesan kepada pengkenselan syer yang sedia ada dan penerbitan syer yang baru.
(3)
Suatu pengkenselan syer di bawah perenggan(1)(e) tidak boleh disifatkan sebagai suatu pengurangan modal syer mengikut pengertian Akta ini.
(4)
Jika, di bawah subseksyen (1), sesuatu syarikat Langkawi telah menambahkan modal syernya dengan melebihi modal yang dinyatakan dalam memorandumnya dengan syer daripada amaun yang ditetapkan, ia hendaklah, dalam masa satu bulan selepas ketetapan yang membenarkan penambahan itu diluluskan, menyebabkan diserahkan kepada Pendaftar suatu notis mengikut bentuk yang ditetapkan mengenai penambahan itu.
(5)
Jika mana-mana syarikat Langkawi tidak mematuhi subseksyen (4), syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.
Pengesahan syer yang diterbitkan dengan tidak sepatutnya