Malaysia legislation
Section 43
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 43
Jika sesuatu syarikat Langkawi berupa telah menerbitkan atau mengumpukkan syer, dan penerbitan atau pengumpukan syer itu adalah tidak sah oleh sebab mana-mana peruntukan Akta ini atau memorandum atau perkara persatuan syarikat itu atau selainnya, atau terma penerbitan atau pengumpukan itu adalah tidak selaras
54
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
dengan atau tidak dibenarkan oleh mana-mana peruntukan itu,
Mahkamah boleh, apabila suatu permohonan diserahkan kepadanya oleh syarikat itu atau oleh seorang pemegang atau pemegang gadai janji mana-mana syer itu atau oleh seorang pemiutang syarikat itu, dan apabila berpuas hati bahawa dalam semua hal keadaan adalah adil dan saksama untuk berbuat demikian, membuat suatu perintah yang mengesahkan penerbitan atau pengumpukan syer itu, atau yang mengesahkan terma penerbitan atau pengumpukannya, atau kedua-duanya, tertakluk kepada apa-apa syarat, jika ada, yang dikenakannya, dan apabila perintah sedemikian dibuat dan suatu salinan perintah itu diserahkan oleh syarikat itu atau oleh pemegang, pemegang gadai janji atau pemiutang sedemikian kepada Pendaftar, syer itu hendaklah disifatkan sebagai telah diterbitkan atau diumpukkan secara sah atas terma penerbitan atau pengumpukannya sebagaimana yang diubah oleh syarat, jika ada, yang dikenakan oleh Mahkamah.