Malaysia legislation

Section 44

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 44

Ketetapan khas bagi pengurangan modal syer

(a)

menghapuskan atau mengurangkan liabiliti ke atas mana-mana syernya berkenaan dengan modal syer yang tidak berbayar;

(b)

mengkenselkan mana-mana modal berbayar yang hilang atau yang tidak diwakili oleh aset yang ada; atau

(c)

membayar mana-mana modal syer berbayar yang melebihi keperluan syarikat itu, atau yang selainnya adalah bagi kepentingan syarikat itu keseluruhannya untuk dibayar, dan boleh, setakat yang perlu, mengubah memorandumnya dengan mengurangkan amaun modal syernya dan amaun syernya dengan sewajarnya.

(2)

Jika pengurangan modal syer yang dicadangkan itu melibatkan pengurangan liabiliti berkenaan dengan modal syer tidak berbayar atau pembayaran kepada mana-mana pemegang

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 55

syer mana-mana modal syer berbayar, dan dalam mana-mana hal lain jika Mahkamah mengarahkan demikian—

(a)

tiap-tiap pemiutang syarikat Langkawi yang, pada tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah, berhak terhadap mana-mana hutang atau tuntutan yang, jika tarikh itu adalah permulaan bagi penggulungan syarikat itu, boleh diterima sebagai bukti terhadap syarikat itu, berhak membantah pengurangan itu;

(b)

Mahkamah, melainkan jika berpuas hati dengan akuan berkanun oleh pengarah bahawa tidak terdapat pemiutang sedemikian, hendaklah menetapkan suatu senarai pemiutang yang berhak untuk membantah, dan bagi maksud itu hendaklah menentukan, seboleh-bolehnya tanpa menghendaki suatu permohonan daripada mana-mana pemiutang, nama pemiutang itu dan jenis serta amaun hutang atau tuntutannya, dan boleh menyiarkan notis yang menetapkan hari terakhir yang pada atau sebelumnya pemiutang yang tidak dicatatkan dalam senarai itu boleh menuntut untuk dicatatkan sedemikian;

dan

(c)

jika seorang pemiutang yang dicatatkan dalam senarai itu yang hutang atau tuntutannya tidak dijelaskan atau belum ditentukan tidak bersetuju dengan pengurangan itu,

Mahkamah boleh mengetepikan persetujuan pemiutang itu apabila syarikat Langkawi itu menjamin pembayaran hutang atau tuntutannya dengan mengagihkan, sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah—

(i)

jika syarikat itu mengakui amaun penuh hutang atau tuntutan itu atau, walaupun tidak mengakuinya, bersetuju untuk memperuntukkan baginya, amaun penuh hutang atau tuntutan itu; atau

(ii)

jika syarikat itu tidak mengakui, dan tidak bersedia untuk memperuntukkan baginya, amaun penuh hutang atau tuntutan itu, atau jika amaun itu adalah kontinjen atau belum ditentukan, suatu amaun yang ditetapkan oleh Mahkamah selepas siasatan dan hukuman yang seumpamanya seolah-olah syarikat itu digulungkan oleh Mahkamah.

(3)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), Mahkamah boleh, dengan mengambil kira hal keadaan kes itu, mengarahkan

56

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

bahawa semua atau mana-mana peruntukan subseksyen itu tidak terpakai berkaitan dengan mana-mana kelas pemiutang.

(4)

Mahkamah, jika berpuas hati berkenaan dengan tiap-tiap pemiutang yang di bawah subseksyen (2) berhak untuk membantah, bahawa sama ada persetujuannya terhadap pengurangan itu telah diperoleh, atau hutang atau tuntutannya telah dijelaskan atau telah ditentukan atau telah dijamin, boleh membuat suatu perintah yang mengesahkan pengurangan itu atas apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya sesuai, dan boleh menghendaki syarikat Langkawi itu untuk menyiarkan sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah sebab-sebab bagi pengurangan itu atau apa-apa maklumat lain sebagaimana yang difikirkan suai manfaat oleh Mahkamah, dan, jika difikirkan sesuai oleh Mahkamah, sebab-sebab yang membawa kepada pengurangan itu.

(5)

Suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (4)

hendaklah menunjukkan amaun modal syer syarikat Langkawi itu sebagaimana yang diubah oleh perintah itu, bilangan syer yang kepadanya syer itu hendak dibahagikan dan amaun setiap syer dan amaun, jika ada, pada tarikh perintah itu, yang disifatkan sebagai berbayar ke atas setiap syer.

(6)

Apabila salinan pejabat perintah itu diserahkan kepada

Pendaftar, ketetapan bagi pengurangan modal syer sebagaimana yang disahkan oleh perintah yang diserahkan sedemikian hendaklah berkuat kuasa.

(7)

Perakuan Pendaftar hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa semua kehendak Akta ini berkenaan dengan pengurangan modal syer telah dipatuhi dengan dan bahawa modal syer suatu syarikat Langkawi adalah sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu.

(8)

Apabila salinan perintah itu diserahkan, butir-butir yang ditunjukkan dalam perintah itu menurut subseksyen (5) hendaklah disifatkan sebagai digantikan dengan butir-butir yang bersamaan dalam memorandum, dan penggantian sedemikian dan apa-apa tambahan yang diperintahkan oleh Mahkamah supaya dibuat pada nama syarikat Langkawi itu hendaklah (dalam hal apa-apa tambahan kepada nama, untuk tempoh sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah itu) disifatkan sebagai suatu perubahan kepada memorandum bagi maksud Akta ini.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 57

(9)

Seseorang anggota, yang dahulu atau yang ada sekarang, tidak bertanggungan berkenaan dengan mana-mana syer terhadap apa-apa panggilan atau caruman yang melebihi dalam amaunnya perbezaan antara amaun syer sebagaimana yang ditetapkan oleh perintah itu dan amaun yang dibayar, atau amaunnya yang dikurangkan yang disifatkan sebagai telah dibayar atas syer itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tetapi jika mana-mana pemiutang yang berhak membantah pengurangan itu, oleh sebab kejahilannya tentang prosiding bagi pengurangan itu, atau tentang jenis dan kesan prosiding itu terhadap tuntutannya, tidak dicatatkan dalam senarai pemiutang, dan selepas pengurangan itu syarikat

Langkawi itu tidak dapat, mengikut pengertian peruntukan Akta ini berkenaan dengan penggulungan oleh Mahkamah, membayar amaun hutang atau tuntutannya—

(a)

tiap-tiap orang yang menjadi anggota syarikat Langkawi itu pada tarikh penyerahan salinan perintah Mahkamah bagi pengurangan itu bertanggungan untuk menyumbang bagi pembayaran hutang atau tuntutan itu sebanyak amaun yang tidak melebihi amaun yang dia sepatutnya bertanggungan menyumbang jika syarikat itu telah mula digulung pada hari sebelum tarikh itu; dan

(b)

jika syarikat Langkawi itu digulung, Mahkamah, atas permohonan mana-mana pemiutang itu dan apabila terbukti kejahilannya mengenai prosiding bagi pengurangan itu atau mengenai jenis dan kesan prosiding itu terhadap tuntutannya, boleh menetapkan suatu senarai orang yang bertanggungan menyumbang, dan membuat serta menguatkuasakan panggilan dan perintah ke atas pencarum yang ditetapkan dalam senarai itu, seolah-olah dia adalah pencarum biasa dalam suatu penggulungan, tetapi tiada apa-apa jua pun dalam subseksyen ini boleh menyentuh hak pencarum-pencarum itu sesama mereka sendiri.

(10)

Mana-mana pegawai suatu syarikat Langkawi yang—

(a)

dengan sengaja menyembunyikan nama mana-mana pemiutang yang berhak untuk membantah terhadap pengurangan itu;

(b)

dengan sengaja menyalah nyatakan jenis atau amaun hutang atau tuntutan mana-mana pemiutang; atau 58

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(c)

membantu, bersubahat atau menjadi pihak kepada mana-mana penyembunyian atau salah nyataan itu, melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Sepuluh ribu ringgit.

Hak pemegang syer keutamaan hendaklah dinyatakan dalam perkara persatuan