Malaysia legislation
Section 45
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 45
(2)
Penerbitan syer keutamaan oleh suatu syarikat Langkawi yang berperingkat pari passu dengan syer keutamaan yang sedia ada yang diterbitkan oleh syarikat itu hendaklah disifatkan sebagai suatu perubahan hak yang berkembar dengan syer keutamaan yang sedia ada itu melainkan jika penerbitan syer yang mula-mula disebut itu dibenarkan oleh terma penerbitan syer keutamaan yang sedia ada atau oleh perkara persatuannya yang berkuat kuasa pada masa syer keutamaan yang sedia ada itu diterbitkan.
(3)
Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat Langkawi itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.
Syer keutamaan boleh tebus