Malaysia legislation
Section 46
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 46
(2)
Penebusan itu tidaklah boleh dikira sebagai mengurangkan amaun modal syer yang dibenarkan bagi syarikat itu.
Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 59
(3)
Syer itu tidak boleh ditebus—
(a)
kecuali daripada keuntungan yang selainnya boleh diadakan untuk dividen, atau daripada hasil penerbitan baru syer yang dibuat bagi maksud penebusan itu; dan
(b)
melainkan jika syer itu berbayar penuh.
(4)
Premium, jika ada, yang kena dibayar atas penebusan hendaklah diperuntukkan daripada keuntungan atau akaun premium syer sebelum syer itu ditebus.
(5)
Jika mana-mana syer itu ditebus selainnya daripada hasil suatu penerbitan yang baru, maka hendaklah, daripada keuntungan yang selainnya boleh diadakan untuk dividen, dipindahkan kepada sesuatu rizab yang dinamakan “rizab penebusan modal” suatu jumlah wang yang sama banyak dengan amaun nominal syer yang ditebus, dan peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan pengurangan modal syer suatu syarikat Langkawi hendaklah, kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, terpakai seolah-olah rizab penebusan modal itu adalah modal syer berbayar syarikat itu.
(6)
Jika, menurut seksyen ini, suatu syarikat Langkawi telah menebus, atau hampir hendak menebus, mana-mana syer keutamaan, syarikat itu boleh menerbitkan syer hingga setakat amaun nominal syer yang ditebus atau yang hendak ditebus seolah-olah syer itu tidak pernah diterbitkan, dan dengan demikian itu modal syer syarikat itu tidak boleh, bagi maksud apa-apa fi di bawah Akta ini, disifatkan sebagai telah ditambah dengan penerbitan itu, tetapi jika syer baru diterbitkan sebelum penebusan syer lama, syer baru itu tidak boleh, setakat yang berhubungan dengan apa-apa fi di bawah Akta ini, disifatkan sebagai telah diterbitkan menurut subseksyen ini melainkan jika syer lama itu telah ditebus dalam masa satu bulan selepas penerbitan syer baru itu.
(7)
Rizab penebusan modal boleh digunakan bagi membayar syer yang tidak diterbitkan bagi syarikat itu yang hendak diterbitkan kepada anggota syarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.
(8)
Jika suatu syarikat Langkawi menebus mana-mana syer keutamaan boleh tebus, syarikat itu hendaklah, dalam masa satu bulan selepas berbuat demikian, memberikan notis mengenainya kepada Pendaftar yang menyatakan syer yang telah ditebus itu.
60
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
Sekatan terhadap mempelawa pelaburan daripada awam