Malaysia legislation

Section 47

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 47

(2)

Peruntukan Penggal 1 dan 5 Bahagian 1V Akta Syarikat 1965 hendaklah terpakai berhubung dengan apa-apa tawaran atau pelawaan yang dibuat oleh suatu syarikat Langkawi kepada awam untuk melanggan atau membeli syer atau kepentingannya seolah-olah tawaran atau pelawaan itu kepada awam dibuat oleh suatu kelab rekreasi tidak tersenarai, tertakluk kepada apa-apa pengubahsuaian sebagaimana yang Menteri boleh membuat melalui perintah supaya selaras dengan tujuan dan maksud Akta ini, dan khususnya rujukan kepada “syarikat” hendak dikira sebagai rujukan kepada suatu syarikat Langkawi.

(3)

Bagi maksud seksyen ini—

“kelab rekreasi tidak tersenarai” ertinya sesuatu perbadanan yang memberi pemegang syernya hak untuk menggunakan atau menikmati apa-apa aktiviti atau kemudahan rekreasi atau percutian yang berhubungan dengan kapal layar dan yang syernya tidak tersenarai atau dicadangkan untuk disenaraikan untuk sebut harga di mana-mana pasaran saham suatu bursa saham;

“kepentingan” ertinya apa-apa hak untuk mengambil bahagian atau kepentingan, sama ada boleh dikuatkuasakan atau tidak dan sama ada sebenar, prospektif atau kontingen dalam apa-apa skim berkongsi masa atau kontrak pelaburan, sama ada hak atau kepentingan itu terbukti dengan suatu kontrak formal dan sama ada atau tidak hak atau kepentingan itu berhubung dengan suatu aset fizikal, tetapi tidak termasuk—

(a)

apa-apa syer dalam atau debentur suatu perbadanan; atau

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 61

(b)

apa-apa kepentingan dalam suatu perjanjian perkongsian melainkan jika perjanjian itu—

(i)

berhubung dengan sesuatu pengusahaan, skim, perusahaan atau kontrak pelaburan yang ditaja oleh, atau bagi pihak, seorang yang perniagaan biasanya adalah atau termasuk penajaan pengusahaan, skim, perusahaan atau kontrak pelaburan yang seumpama, sama ada atau tidak orang itu adalah suatu pihak kepada perjanjian itu; atau

(ii)

adalah suatu perjanjian, atau berada dalam suatu kelas perjanjian, yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan bagi maksud perenggan ini;

“kontrak pelaburan”ertinya apa-apa kontrak, skim atau perkiraan yang pada matannya dan tanpa mengira bentuknya memberi pelabur hak untuk menggunakan atau menikmati apa-apa aktiviti atau kemudahan rekreasi atau percutian yang berhubungan dengan kapal layar untuk suatu balasan dan selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan sama ada atau tidak secara berulang-ulang;

“pengubahsuaian” termasuklah pindaan, penyesuaian, perubahan, variasi, penambahan, pembahagian, penggantian atau pengecualian;

“skim berkongsi masa” ertinya sesuatu skim, pengusahaan atau perusahaan—

(a)

yang pesertanya adalah, atau boleh, berhak untuk menggunakan, mendiami atau memiliki, untuk dua tempoh atau lebih selama tempoh yang skim, pengusahaan atau perusahaan itu, sama ada di Malaysia atau di tempat lain akan dikendalikan, suatu kapal layar yang kepadanya skim, pengusahaan atau perusahaan itu berkaitan; dan

(b)

yang akan dikendalikan untuk tempoh tidak kurang daripada tiga tahun.

62

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

hakmilik dan pemindahan

Jenis syer

Section 47 — LANGKAWI INTERNATIONAL YACHTING COMPANIES ACT 2005