Malaysia legislation

Section 49

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 49

Penomboran syer

(2)

Walau apa pun subseksyen (1)—

(a)

jika pada bila-bila masa semua syer terbitan dalam suatu syarikat Langkawi, atau semua syer terbitan daripada sesuatu kelas tertentu dalam syarikat itu, telah berbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segala maksud, tiada mana-mana syer itu perlu selepas itu mempunyai suatu nombor pengenalan selagi syer itu tetap berbayar penuh dan berperingkat pari passu bagi segala maksud dengan semua syer yang sama kelasnya yang pada masa ini diterbitkan dan berbayar penuh; atau

(b)

jika semua syer terbitan dalam suatu syarikat Langkawi adalah terbukti melalui perakuan mengikut seksyen 50

dan setiap perakuan itu dikenali dengan nombornya yang sesuai dan nombor itu direkodkan dalam daftar anggota, tiada mana-mana syer itu perlu mempunyai suatu nombor pengenalan.

Perakuan hendaklah menjadi keterangan hakmilik