Malaysia legislation
Section 52
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 52
Surat cara pemindahan hakmilik dan pemindahan hakmilik oleh wakil diri
(2)
Sesuatu pemindahan hakmilik syer, debentur atau kepentingan lain seorang yang mati yang dibuat oleh wakil dirinya hendaklah,
64
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
walaupun wakil diri itu sendiri bukannya seorang anggota syarikat itu, sama sahnya seolah-olah dia telah menjadi anggota sedemikian pada masa penyempurnaan surat cara pemindahan hakmilik itu.
(3)
Apa-apa dokumen yang dikemukakan kepada suatu syarikat
Langkawi yang menurut undang-undang adalah keterangan yang mencukupi bahawa probet wasiat, atau surat kuasa mentadbir harta pusaka, orang yang mati telah diberikan kepada seorang hendaklah diterima oleh syarikat itu, walaupun apa-apa jua pun dalam perkara persatuannya, sebagai keterangan yang mencukupi mengenai pemberian itu.
(4)
Dalam seksyen ini, “surat cara pemindahan hakmilik”
termasuklah sesuatu permohonan bertulis bagi memindahkan syer, debentur atau kepentingan lain kepada seorang wakil diri.
Kewajipan syarikat Langkawi berkenaan dengan pengeluaran perakuan