Malaysia legislation

Section 57

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 57

(2)

Nama sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing hendaklah (sama ada atau tidak syarikat itu menjalankan perniagaan di bawah suatu nama perniagaan) tertera dalam huruf rumi yang mudah dibaca pada—

(a)

meterainya; dan

(b)

semua surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi, penerbitan, bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan, cek, pesanan, resit dan surat kredit bagi, atau yang berupa sebagai dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak, syarikat itu, dan jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen ini, syarikat itu melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

(3)

Nama sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing (sama ada atau tidak syarikat itu menjalankan perniagaan di bawah suatu nama perniagaan) dalam huruf rumi yang mudah dibaca dan nombor syarikat bagi syarikat Langkawi atau syarikat

Langkawi asing itu hendaklah tertera pada memorandum dan perkara persatuan syarikat itu dan apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditetapkan, dan jika berlaku keingkaran pada mematuhi subseksyen ini, syarikat itu melakukan suatu kesalahan terhadap

Akta ini.

(4)

Jika sesuatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing telah menukarkan namanya, nama syarikat itu yang dahulu hendaklah juga tertera di bawah nama sekarang pada semua dokumen, surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi, penerbitan, bil pertukaran, nota janji hutang, pengendorsan, cek, pesanan, resit dan surat kredit bagi, atau yang berupa sebagai dikeluarkan atau ditandatangani oleh atau bagi pihak, syarikat itu selama tempoh yang tidak kurang daripada dua belas bulan dari tarikh pertukaran itu.

(5)

Jika seseorang pegawai suatu syarikat Langkawi atau syarikat Langkawi asing atau mana-mana orang bagi pihak syarikat itu—

(a)

menggunakan atau membenarkan penggunaan apa-apa meterai yang berupa sebagai meterai syarikat itu yang padanya namanya tidak tertera sedemikian;

68

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(b)

mengeluarkan atau membenarkan pengeluaran apa-apa surat perniagaan, penyata akaun, invois, notis rasmi atau penerbitan syarikat itu yang dalamnya namanya atau namanya yang dahulu (jika berkenaan) tidak disebut sedemikian;

(c)

menandatangani, mengeluarkan atau membenarkan ditandatangani atau dikeluarkan, bagi pihak syarikat itu, apa-apa bil pertukaran, nota janji hutang, cek atau surat cara boleh niaga lain atau, apa-apa pengendorsan, pesanan, resit atau surat kredit, yang dalamnya namanya atau namanya yang dahulu (jika berkenaan) tidak disebut sedemikian; atau

(d)

menandatangani atau membenarkan ditandatangani bagi pihak syarikat itu, memorandum dan perkara persatuan syarikat atau apa-apa dokumen lain sebagaimana yang ditetapkan oleh Pendaftar, yang dalamnya nama dan nombor syarikat bagi syarikat Langkawi atau syarikat

Langkawi asing itu tidak disebut sedemikian, dia melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini dan, jika dia telah menandatangani, mengeluarkan atau membenarkan ditandatangani atau dikeluarkan bagi pihak syarikat itu apa-apa bil pertukaran, nota janji hutang atau surat cara boleh niaga lain atau apa-apa pengendorsan yang padanya atau pesanan yang dalamnya nama itu atau namanya yang dahulu (jika berkenaan) tidak disebut sedemikian, dia hendaklah sebagai tambahan bertanggungan sendiri kepada pemegang surat cara atau pesanan itu bagi amaun yang genap masa baginya, melainkan jika ia telah dibayar oleh syarikat itu.

Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.

pengarah dan pegawai

Pengarah