Malaysia legislation
Section 58
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 58
(2)
Pengarah pertama bagi suatu syarikat Langkawi hendaklah dinamakan dalam perkara persatuan syarikat itu.
(3)
Apa-apa kekosongan luar jangka pengarah boleh, setakat mana perkara persatuan bagi sesuatu syarikat Langkawi tidak memperuntukkan selainnya, diisikan oleh seseorang yang dilantik oleh pengarah atau pengarah-pengarah yang masih kekal atau, jika tidak ada pengarah yang masih kekal, oleh Pendaftar atas permohonan oleh seorang anggota syarikat itu.
(4)
Tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, seorang pengarah atau pegawai suatu syarikat Langkawi boleh merupakan suatu perbadanan dan perbadanan sedemikian bolehlah bertindak dengan sendirinya atau melalui seorang penama yang dilantik secara bertulis, dan boleh dilantik atau boleh bertindak sebagai pengarah kepada lebih daripada satu syarikat.
(5)
Seorang pengarah suatu syarikat Langkawi tidak boleh menzahirkan kepada mana-mana orang, atau menggunakan bagi apa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapati oleh sebab jawatannya kecuali mengikut kewajipannya sebagai seorang pengarah syarikat itu dan setakat mana yang dia boleh dipaksa oleh undang-undang untuk berbuat sedemikian, tetapi seorang pengarah boleh menzahirkan kepada seorang pegawai awam yang berkenaan di Malaysia, atau selainnya menggunakan di dalam
Malaysia, apa-apa maklumat yang ada dalam pengetahuannya yang dipercayai dengan jujurnya menjangkakan bahawa suatu fraud sedang atau akan diamalkan oleh syarikat itu atau oleh mana-mana anggotanya atau pengarahnya atau ke atas syarikat itu atau mana-mana anggotanya.
(6)
Seorang pengarah suatu syarikat Langkawi yang, dengan melanggar subseksyen (4), menzahirkan kepada mana-mana orang, atau menggunakan bagi apa-apa maksud, apa-apa maklumat yang didapati oleh sebab jawatannya melakukan suatu kesalahan terhadap
Akta ini.
(7)
Walau apa pun apa-apa peruntukan lain dalam Akta ini atau peraturan-peraturan yang berlawanan, dan melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perkara persatuan suatu syarikat
Langkawi, seorang pengarah suatu syarikat Langkawi tidak boleh dikenakan apa-apa penalti yang diperuntukkan di bawah Akta ini bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada atau yang
70
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
ditanggung oleh mana-mana orang, walau bagaimana jua pun kerosakan itu berbangkit, selainnya oleh sebab perbuatan salah laku yang sengaja, keingkaran yang sengaja atau keabaian yang sengaja pengarah itu.
Persetujuan untuk bertindak sebagai pengarah