Malaysia legislation

Section 62

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 62

(2)

Subseksyen (1) tidaklah terpakai dalam hal yang kepentingan pengarah syarikat Langkawi itu hanya terdiri daripada pengarah itu menjadi seorang anggota atau pemiutang suatu syarikat Langkawi lain yang berkepentingan dalam suatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan dengan syarikat yang mula-mula disebut itu, jika kepentingan pengarah itu boleh dengan sepatutnya dianggap sebagai bukan kepentingan yang material.

(3)

Tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, seorang pengarah syarikat itu tidak boleh, bagi maksud seksyen ini, disifatkan sebagai berkepentingan dalam atau pada bila-bila masa telah berkepentingan dalam suatu kontrak atau kontrak yang dicadangkan itu, oleh sebab kontrak atau kontak yang dicadangkan itu—

(a)

telah atau akan dibuat dengan;

(b)

adalah bagi faedah; atau

(c)

adalah bagi pihak, suatu syarikat yang, menurut kuasa peruntukan dalam seksyen 4, adalah disifatkan sebagai suatu syarikat berkaitan, dan bahawa pengarah itu adalah juga pengarah syarikat itu.

72

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(4)

Bagi maksud subseksyen (1), sesuatu notis am yang diberikan kepada pengarah suatu syarikat Langkawi oleh seorang pengarah yang membawa kesan bahawa dia adalah seorang pegawai atau anggota suatu syarikat Langkawi yang dinyatakan atau seorang anggota suatu firma yang dinyatakan dan dia hendaklah dianggap sebagai berkepentingan dalam apa-apa kontrak yang boleh, selepas tarikh notis itu, dibuat dengan syarikat atau firma itu hendaklah disifatkan sebagai suatu pengisytiharan kepentingan yang mencukupi berhubung dengan apa-apa kontrak yang dibuat sedemikian, tetapi tiada apa-apa notis sedemikian boleh mempunyai kesan melainkan jika notis itu diberikan di suatu mesyuarat pengarah atau pengarah itu mengambil langkah yang munasabah untuk memastikan bahawa notis itu dikemukakan dan dibaca di mesyuarat pengarah yang berikutnya selepas notis itu diberikan.

(5)

Tiap-tiap pengarah suatu syarikat Langkawi yang memegang apa-apa jawatan atau memiliki apa-apa harta yang melaluinya, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kewajipan atau kepentingan mungkin diwujudkan yang bercanggahan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang pengarah, hendaklah mengisytiharkan di suatu mesyuarat pengarah syarikat itu atau menyebabkan diedarkan secara bertulis kepada pengarah lain fakta dan jenis, sifat dan takat percanggahan itu.

(6)

Pengisytiharan yang dikehendaki dibuat oleh seorang pengarah di bawah subseksyen (5) hendaklah dibuat di mesyuarat pertama pengarah yang diadakan—

(a)

selepas dia menjadi seorang pengarah; atau

(b)

(jika dia telah pun menjadi seorang pengarah) selepas dia mula memegang jawatan atau memiliki harta itu, melainkan jika fakta itu telah diedarkan secara bertulis sebelum mesyuarat itu.

(7)

Tiap-tiap pengisytiharan di bawah seksyen ini hendaklah direkodkan dalam minit mesyuarat yang mana pengisytiharan itu telah dibuat.

(8)

Seksyen ini adalah sebagai tambahan kepada dan tidaklah mengurangkan penjalanan apa-apa rukun undang-undang atau apa-apa peruntukan dalam perkara persatuan suatu syarikat Langkawi yang menyekat seorang pengarah syarikat itu daripada mempunyai apa-apa kepentingan dalam kontrak dengan syarikat itu atau daripada memegang jawatan atau memiliki harta yang melibatkan kewajipan atau kepentingan yang bercanggahan dengan kewajipan atau kepentingannya sebagai seorang pengarah.

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 73

Kewajipan dan liabiliti pegawai