Malaysia legislation
Section 64
of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)
Seksyen 64
(2)
Tertakluk kepada apa-apa peruntukan yang berlawanan dalam memorandum dan perkara persatuan suatu syarikat Langkawi, seorang setiausaha suatu syarikat Langkawi boleh merupakan suatu perbadanan dan perbadanan itu boleh bertindak dengan sendirinya atau melalui seorang penama yang dilantik secara bertulis dan boleh dilantik atau boleh bertindak sebagai seorang setiausaha kepada lebih daripada satu syarikat.
(3)
Tiap-tiap setiausaha suatu syarikat Langkawi hendaklah dilantik oleh pengarah syarikat itu.
74
Undang-Undang Malaysia
Akta 643
(4)
Tertakluk kepada subseksyen (5), setiausaha pemastautin suatu syarikat Langkawi hendaklah bertanggungjawab bagi pematuhan oleh syarikat itu dengan kehendak Akta ini berhubung dengan penyerahan semua dokumen kepada Pendaftar, penyenggaraan rekod syarikat di pejabat berdaftar syarikat itu dan bagi menguruskan komunikasi yang disampaikan kepada syarikat itu di pejabat berdaftarnya.
(5)
Walau apa pun apa-apa peruntukan yang lain dalam Akta ini yang berlawanan, setiausaha pemastautin tidak bertanggungan sebagai seorang pegawai syarikat itu bagi apa-apa penalti yang diperuntukkan dalam Akta ini kecuali bagi apa-apa yang dilakukan atau yang ditinggalkan daripada dilakukan olehnya dalam menjalankan kewajipan jawatannya, ataupun bertanggungan bagi apa-apa kerosakan yang disebabkan kepada atau yang ditanggung oleh mana-mana orang walau bagaimana jua pun ia berbangkit selain oleh sebab perbuatan salah laku yang sengaja, keingkaran yang sengaja atau keabaian yang sengaja setiausaha pemastautin itu.
(6)
Suatu syarikat Langkawi hendaklah dengan serta-merta membayar apa-apa kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh setiausaha pemastautin berkenaan dengan apa-apa yang dilakukan di bawah Akta ini bagi pihak syarikat itu.
Daftar pengarah dan pegawai