Malaysia legislation

Section 65

of AKTA SYARIKAT KAPAL LAYAR ANTARABANGSA LANGKAWI 2005 (BELUM BERKUAT KUASA)

Seksyen 65

(2)

Daftar itu hendaklah mengandungi berkenaan dengan setiap pengarah, dalam hal seorang individu, nama penuhnya pada masa ini dan apa-apa namanya yang dahulu, alamat kediaman biasanya dan pengenalannya (jika ada) atau, dalam hal suatu perbadanan, nama penuh perbadanan itu dan alamat pejabat berdaftarnya dan nama penama dan wakilnya yang diberi kuasa di Langkawi, jika ada.

(3)

Daftar itu hendaklah mengandungi berkenaan dengan setiap pegawai, dalam hal seorang individu, nama penuhnya pada masa ini dan apa-apa namanya yang dahulu, alamat kediaman biasanya dan pengenalannya (jika ada) dan, jika berkenaan, nama suatu

Syarikat Kapal Layar Antarabangsa Langkawi 75

entiti pengurusan yang baginya dia adalah seorang pegawai dan alamat berdaftar entiti pengurusan itu atau, dalam hal suatu perbadanan, nama penuh perbadanan itu dan alamat pejabat berdaftar perbadanan itu.

(4)

Daftar yang disimpan oleh suatu syarikat Langkawi hendaklah dibuka untuk pemeriksaan oleh mana-mana pengarah, anggota atau juruaudit syarikat itu sahaja tanpa apa-apa caj.

(5)

Suatu syarikat Langkawi hendaklah menyerahkan kepada

Pendaftar—

(a)

dalam masa satu bulan selepas ia diperbadankan, suatu penyata dalam bentuk yang ditetapkan yang mengandungi, berhubung dengan pengarah dan setiausahanya, butir-butir yang dikehendaki dinyatakan dalam daftar itu;

(b)

dalam masa satu bulan selepas seorang yang dinamakan dalam penyata itu terhenti menjadi seorang pengarah atau setiausaha syarikat itu, suatu penyata dalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu Pendaftar mengenai pertukaran itu dan mengandungi berkenaan dengan setiap pengarah atau setiausaha syarikat pada masa itu butir-butir yang dikehendaki dinyatakan dalam daftar itu dan tarikh pemberhentian pengarah atau setiausaha itu;

(c)

dalam masa satu bulan selepas seorang menjadi pengarah atau setiausaha syarikat itu, suatu penyata dalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu Pendaftar mengenai fakta itu dan yang mengandungi butir yang dikehendaki dinyatakan dalam daftar dan tarikh pelantikan orang itu;

dan

(d)

dalam masa satu bulan selepas apa-apa pertukaran dalam butir-butir yang ditetapkan mengenai pengarah dan setiausaha, suatu notis dalam bentuk yang ditetapkan yang memberitahu Pendaftar mengenai pertukaran itu.

(6)

Jika berlaku suatu keingkaran oleh suatu syarikat Langkawi pada mematuhi mana-mana peruntukan seksyen ini, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini.

Penalti: Lima ribu ringgit. Penalti ingkar.

76

Undang-Undang Malaysia

Akta 643

(7)

Dalam seksyen ini, “pengenalan” ertinya, dalam hal mana-mana orang yang kepadanya dikeluarkan suatu kad pengenalan, nombor kad pengenalan itu, dan dalam hal seseorang yang kepadanya tidak dikeluarkan suatu kad pengenalan, butir-butir mengenai pasportnya atau apa-apa keterangan pengenalan seumpama lain sebagaimana yang ada.

Kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini yang dilakukan oleh pengarah dan setiausaha